Seorang Doktor Berjaya Mengesan Kanser Dalam Dirinya Menggunakan iPhone

John Martin seorang doktor vaskular telah berjaya mengesan kanser di dalam tubuhnya selepas menggunakan alat pengimbas ultrasonik yang disambungkan kepada peranti iPhone miliknya.

Dia yang juga merupakan ketua pegawai perubatan di salah sebuah syarikat pengimejan perubatan, Butterfly Network, mengesan sedikit benjolan di tengkuknya sebelum menggunakan alat pengimbas ultrasonik syarikatnya.

Benjolan tersebut ternyata kanser dan dia telah melalui pembedahan di samping rawatan kimoterapi. Alat pengimbas ultrasonik itu, The Butterfly IQ dikatakan akan mula dijual di pasaran Amerika Syarikat pada akhir tahun ini dengan harga jualan dijangka bermula daripada RM 8,500.