Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sentuh Kad Debit Pada Telefon Terus Boleh Bayar, Ciri Tap On Phone Kini Diperkenalkan

Sentuh Kad Debit Pada Telefon Terus Boleh Bayar, Ciri Tap On Phone Kini Diperkenalkan

Diterbitkan Januari 13, 2022 ยท Dikemas kini Januari 13, 2022 oleh Meor Hasyim

PayNet (Payments Network Malaysia Sdn Bhd) adalah merupakan rangkaian pembayaran negara yang sebelum-sebelum ini hadir dengan pelbagai kemudahan seperti JomPAY, DuitNow, FPX, MyDebit dan lain-lain.

Meneruskan misi memudahkan rakyat Malaysia dalam sistem pembayaran, mereka akan memperkenalkan satu lagi ciri yang diberi nama TOP atau Tap on Phone.

TOP, secara ringkasnya adalah kemudahan untuk pengguna melakukan pembayaran di kedai (contohnya) dengan menyentuh kad debit pada telefon.

Teknologi ini menggunakan ciri NFC yang terdapat pada telefon Android yang kemudiannya bayaran tersebut akan diproses melalui MyDebit.

Pengenalan ini sangat memudahkan kerana ia menyingkirkan keperluan untuk pekedai atau penjual kecil untuk mempunyai sistem terminal point-of-sale (POS).

Apa yang diperlukan hanyalah telefon pintar menjadikan pekedai tidak perlu membayar kos bulanan memiliki POS.

Bagi pengguna biasa juga, anda kini tidak perlu pening kepala untuk topup e-dompet setiap masa untuk membayar kepada kedai kerana duit ditolak terus dari akaun bank melalui debit.

Screenshot 2022-01-13 152821

 

Ciri ini sudah pun sedia ditawarkan melalui bank dan penyedia tempatan seperti AmBank, CIMB Bank, Fasspay, Hong Leong Bank, Maybank, dan Razer.

Sentuh Kad Debit Pada Telefon Terus Boleh Bayar, Ciri Tap On Phone Kini Diperkenalkan

Jadi anda pekedai dan penjual yang mahu menggunakan TOP, anda boleh menghantar permohonan dan menghubungi pihak bank berkenaan untuk mengetahui langkah seterusnya.

Untuk pengguna biasa atau pembeli, tiada apa-apa permohonan yang perlu dilakukan – anda hanya perlu menyentuh kad debit anda kepada telefon penjual. Itu sahaja.

Sumber: PayNet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY