Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
craob-x-the-future-ultrabook (2)

Senipis 7mm, Ini Mungkin Komputer Riba Tanpa Port Pertama Di Dunia

Diterbitkan Februari 3, 2022 · Dikemas kini Februari 3, 2022 oleh ariff bukhari

Sebuah komputer riba terbaru dari Craob didakwa sebagai komputer riba paling nipis di dunia ketika ini dengan ketebalan hanya 7mm sahaja.

Komputer riba itu tidak dilengkapi dengan sebarang port fizikal untuk sambungan peranti lain seperti USB, slot kad memori dan lain-lain.

Sebaliknya komputer riba Craob X yang bersaiz 13.3 inci itu dengan berat 861.83 gram sahaja hanya dilengkapi dengan sambungan tanpa wayar sepenuhnya.

Bermakna, komputer riba Craob ini menyokong ciri pengecasan tanpa wayar.

craob-x-ultrabook-w-ports-hub (2)
Kredit: Craob

Tidak banyak info dikongsikan oleh Craob tentang spesifikasi penuh komputer riba mereka itu. Berdasarkan semakan dari laman rasmi Craob, yang hanya dinyatakan adalah komputer riba tersebut akan dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i7 Gen-12, cip grafik Intel Iris Xe, skrin 4K UHD+bersaiz 13.3, menyokong kapasiti RAM LPDDR5 sehingga 32GB dan storan SSD 2TB.

Tiada sebarang makluman tentang harga dan bilakah ia akan dilancarkan secara rasmi .

Sumber:  Ars Technica, CRAOB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY