Senheng Beri 1 Tahun Jaminan Tambahan Untuk Pembelian Vivo V17 Pro

Orang ramai kini boleh mendapatkan telefon pintar Vivo V17 Pro dengan tawaran terbaik sepanjang bulan Oktober 2019 di kedai peralatan elektrik Senheng yang menawarkan beberapa promosi dan hadiah percuma.

Bersempena Ulang Tahun Senheng yang ke-30, mereka menawarkan beberapa promosi menarik kepada 300 pelanggan pertama yang membeli Vivo V17 Pro, sama ada yang bewarna hitam mahupun putih.



Bukan itu sahaja, 300 pelanggan ini juga akan dibekalkan dengan 1 tahun jaminan tambahan untuk telefon pintar mereka selain daripada dapat menikmati pelan ansuran faedah 0% selama 24 bulan.

Selain itu, mereka juga berhak untuk mendapatkan hadiah percuma lain daripada Senheng, iaitu:

  • 100 pelanggan pertama - USB Juicer, Paket Sim Prabayar YES 4G dan SATU (1) Telefon Pintar

  • 100 pelanggan kedua - USB Juicer, Paket Sim Prabayar YES 4G dan SATU (1) Power Bank

  • 100 pelanggan ketiga - USB Juicer, Paket Sim Prabayar YES 4G dan SATU (1) Bluetooth Headset


Sejak penubuhan Vivo, siri V ini telah menjadi satu peranti yang mengkhususkan kepada kamera yang beresolusi tinggi. Vivo V17 Pro tampil dengan 6 kamera yang mampu memberi kepuasan terhadap sesebuah gambar yang diambil kerana ia hampir sempurna.



Hadir dengan konsep "Shoot Beyond Limits", V17 Pro dilengkapi dengan dua kamera depan yang lengkap dengan kamera sudut lebar 32MP serta sensor kedalaman 8MP yang disokong oleh Selfie Softlight dan Super Night Selfie.

https://www.youtube.com/watch?v=QWt2Voc3cEM

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran menarik ini, anda bolehlah pergi ke laman Facebook rasmi Senheng dan Vivo Malaysia.