Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Senator Perancis Mahu Kotak Rampasan Dalam Permainan Video Disiasat

Posted on November 20, 2017

Kotak rampasan atau loot boxes di dalam permainan video menjadi satu kemastian akhir-akhir ini yang membolehkan pembangun dan penerbit mendapatkan pulangan melalui transaksi mikro. Namun, impak kotak rampasan ini sangat hebat sehinggakan sesetengah orang merasakan yang perkara ini merupakan salah satu cara perjudian.

Permainan Star Wars:Battlefront 2 yang baru-baru ini dilanda kontroversi mengenai kotak rampasan mereka telah disiasat oleh pihak berkuasa Belgium. Pihak berkuasa Perancis juga berminat akan perkara ini dan dalam satu kiriman surat dari Senator Perancis, Jérôme Durain telah meminta pengawal selia Perancis dalam perkara perjudian untuk melihat perkara ini samada kotak rampasan ini boleh diklasifikasikan sebagai perjudian.

EA yang memiliki lesen untuk menerbitkan permainan video itu telah menutup fungsi transaksi mikro dalam permainan tersebut dan dalam tekanan samada mahu meneruskan transaksi mikro tersebut di masa hadapan.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress