Senarai Terkini Peranti Telefon Pintar Yang Akan Mendapat Kemaskini Android 8.0 Oreo

Kebanyakkan pengeluar telefon pintar telah mula mengotakan janji untuk mengemaskini perisian sistem operasi mereka ke versi Android 8.0 Oreo. Kemaskini terkini selalunya akan pergi dahulu ke peranti yang menggunakan perisian asal dari Google sendiri seperti Google Pixel, Pixel XL dan Pixel C.

Berikut merupakan senarai peranti yang telah disahkan akan menerima kemaskini Android 8.0 Oreo:

Peranti Google

Google sudah pun mengeluarkan imej kilang yang mengandungi kemaskini Android 8.0 Oreo untuk peranti mereka seperti Pixel, Pixel XL, Pixel C, Nexus 6P, Nexus 5X dan Nexus Player.



Peranti Xiaomi

Lain pula untuk pengeluar dari China ini kerana mereka baru-baru ini telah mengeluarkan peranti terbaru mereka yang dipanggil Mi A1 yang menggunakan sistem operasi asal dari Google sendiri. Secara automatiknya peranti ini akan mendapat kemaskini yang cepat bukan sahaja untuk Google Android 8.0 Oreo, malah untuk Andorid P yang akan keluar pada tahun hadapan. Setakat ini Xiaomi masih belum mengeluarkan garis masa untuk kemaskini tersebut tetapi difahamkan kemaskini akan bermula pada hujung tahun ini atau awal tahun 2018.



Peranti Sony

Gergasi teknologi dari Jepun pula mengumumkan akan mengeluarkan kemaskini untuk peranti mereka seperti berikut:

Xperia X

Xperia X Performance

Xperia X Compact

Xperia XZ

Xperia XZ Premium

Xperia XZs

Xperia XA1

Xperia XA1 Ultra

Xperia Touch

Xperia XA1 Plus

Sony mungkin akan mula menghantar kemaskini mereka sebelum pengkahiran tahun ini dan paling awal mungkin pada bulan November.



Peranti Motorola

Motorola yang dimiliki oleh Lenovo telah mengumumkan senarai peranti mereka yang akan menerima kemaskini Android 8.0 Oreo:

Moto Z2 Force

Moto Z2 Play

Moto Z Force

Moto Z

Moto Z Play

Moto X4

Moto G5S Plus

Moto G5 Plus

Moto G5

Motorola pula akan mula mengemaskini peranti mereka seawal bulan hadapan atau bulan November. Jika tidak, mungkin hingga hujung tahun ini melihat cara kemaskini Android Nougat dilakukan sebelum ini.



Peranti HTC

HTC U11

HTC U Ultra

HTC 10

Mengikut trend atau jangka masa sama seperti kebanyakkan pengeluar peranti di atas, HTC mungkin akan mengeluarkan kemaskini pada hujung tahun ini atau pada awal tahun 2018.

Peranti Huawei

Setakat ini Huawei mengumumkan kemaskini untuk peranti mereka seperti Honor 8 Pro dan Honor 6X sebelum hujung tahun ini berkemungkinan besar pada bulan Disember.

Peranti OnePlus

Telah disahkan yang OnePlus akan mengemaskini 3 peranti popular mereka iaituĀ OnePlus 5, OnePlus 3T dan OnePlus 3 ke Android 8.0 Oreo. Mereka mungkin akan memulakan proses kemaskini pada bulan Oktober atau November tahun ini.



Peranti Nokia

Nokia yang mula mengeluarkan peranti telefon pintar mereka melalui syarikat HMD Global telah mengumumkan kemaskini Android 8.0 Oreo untuk peranti-peranti ini:

Nokia 3

Nokia 5

Nokia 6

Nokia 8

Syarikat Finland itu akan mula mengemaskini peranti mereka mungkin pada awal tahun 2018.

Itu merupakan senarai peranti-peranti telefon pintar yang sudah diumumkan bakal menerima kemaskini Android 8.0 Oreo. Untuk tarikh atau masa kemaskini tersebut mula sampai ke peranti masing-masing masih belum dapat dipastikan kerana ini bergantung kepada pengeluar masing-masing untuk mengotakan janji mereka selama ini.

Sumber