Senarai Telefon Xiaomi Yang Akan Terima Kemaskini Android Oreo Dan Pie Hujung Tahun Ini

Setiap kali munculnya sistem operasi baru, pemilik telefon pintar pastinya tertanya-tanya bilakah pengeluar peranti akan memberikan kemaskini naik taraf untuk mereka.

Bagi pengguna Xiaomi, beberapa hari lepas, syarikat pengeluar dari China itu telah berkongsi perancangan mereka untuk kemaskini kepada Android Oreo dan juga Pie.

Kebanyakkan model yang disebutkan sudahpun menjalankan Android Oreo kecuali bagi tiga model iaitu, Mi Mix 2S, Mi 8 dan Mi 8 Explorer yang menggunakan Android Pie serta bakal disusuli pada penghujung tahun ini dengan model Xiaomi Mi 8 Pro, Xiaomi Mi 8 SE dan Xiaomi Mi Max 3.

Kelihatan juga 4 model yang akan menerima naik taraf ke Android Oreo pada hujung tahun ini iaitu Xiaomi Redmi 5, Redmi 5A, Redmi 5 Plus, dan Mi 5X

Berikut merupakan senarai model telefon pintar Xiaomi dan status terkini sistem operasi yang akan ditawarkan.



Perlu diingat bahawa senarai ini adalah rancangan kemaskini untuk tempoh suku terakhir 2018. Jika telefon anda tidak tersenarai, ia tidak membawa maksud anda tidak akan mendapat kemaskini Android Pie. Ia mungkin akan ditawarkan pada suku pertama atau kedua 2019.

Xiaomi turut menyatakan bahawa sebarang peranti yang sudah menerima 2 kali kemaskini utama tidak layak untuk menerima kemaskini naik taraf kepada Android Pie.

Sumber: My Drive via FossyBytes