Senarai Telefon Pintar Yang Bakal Menerima Kemaskini Android Oreo Pada Tahun Ini

Seperti yang diberitakan beberapa hari yang lalu, Android akhirnya mendedahkan nama sebenar sistem operasi terbaru mereka, Oreo.

Hal berkenaan nama sudah terjawab dan sekarang timbul pula persoalan mengenai telefon pintar mana yang bakal menerima kemaskini Android Oreo 8.0 tersebut.

Jika anda pengguna kepada peranti keluaran Google seperti...

  • Google Pixel,

  • Google Pixel XL,

  • Nexus 6P,

  • Nexus 5X, atau

  • Pixel C


... anda sudah boleh menikmati Android Oreo dengan mendaftar Program Beta Android. Bagaimana pula dengan jenama telefon pintar yang lain?

Buat masa sekarang, selain daripada peranti keluaran Google, Oreo turut sah akan ditawarkan kepada beberapa jenama telefon pintar yang lain dan ia akan hadir selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini.

  • General Mobile (jenama dari Turki)

  • Nokia

  • Huawei

  • HTC

  • Kyocera

  • Motorola

  • Samsung

  • Sharp

  • Sony

  • OnePlus.


Asus

Syarikat mengesahkan akan menawarkan Android Oreo kepada siri Zenfone 3 dan Zenfone 4 bermula pada pertengahan 2018.

HTC

Berdasarkan kenyataan di Twitter, 3 model sah akan menerima Android Oreo pada tahun ini. Model tersebut adalah U11, U Ultra, dan HTC 10.

Huawei

Belum ada apa-apa lagi maklumat dikeluarkan syarikat, berkemungkinan besar Mate 10 akan dilancarkan dengan Oreo.

Honor

Sama seperti syarikat induknya (Huawei), tiada apa yang boleh disahkan setakat hari ini.

LG

Berkemungkinan besar LG V30 yang akan dilancarkan pada 31 Ogos ini akan hadir dengan sistem operasi Android Oreo. Lain-lain model masih belum dapat dipastikan.

Moto

Mungkin kemaskini akan ditawarkan bermula November dan Disember 2017.

Nokia

Syarikat telah mengesahkan 4 model akan menerima kemaskini pada tahu ini.

  • Nokia 8

  • Nokia 6

  • Nokia 5

  • Nokia 3


OnePlus

Menerusi soal jawab dengan peminat, syarikat mendedahkan kemaskini akan dinikmati dalam tahun ini. Model yang sah akan menerimas Android Oreo adalah;

  • OnePlus 5

  • OnePlus 3T

  • OnePlus 3


Samsung

Dijangkakan sejumlah besar model telefon pintar jenama ini akan menerima kemaskini (belum sah)

  • Samsung Galaxy S8

  • Samsung Galaxy S8+

  • Samsung Galaxy Note 8

  • Samsung Galaxy S7

  • Samsung Galaxy S7 edge

  • Samsung Galaxy S7 Active

  • Samsung Galaxy A7 (2017)

  • Samsung Galaxy A5 (2017)

  • Samsung Galaxy A3 (2017)

  • Samsung Galaxy J7 (2017)

  • Samsung Galaxy J5 (2017)

  • Samsung Galaxy Note FE

  • Samsung Galaxy Tab S3

  • Samsung Galaxy C9 Pro

  • Samsung Galaxy C7 Pro

  • Samsung Galaxy J7 Prime

  • Samsung Galaxy A9 Pro

  • Samsung Galaxy A8 (2016)

  • Samsung Galaxy J7 (2016)

  • Samsung Galaxy J5 (2016)

  • Samsung Galaxy J3 (2016)

  • Samsung Galaxy Tab S2 VE (2016)

  • Samsung Galaxy A


Sony Xperia

Terdapat ura-ura mengatakan beberapa model akan menerima Android Oreo, senarai belum rasmi seperti dibawah

  • Sony Xperia XZ Premium

  • Sony Xperia XZs

  • Sony Xperia XA1

  • Sony Xperia L1

  • Sony Xperia X Compact

  • Sony Xperia XZ

  • Sony Xperia X Performance

  • Sony Xperia X

  • Sony Xperia XA1 Ultra


Lain-lain model tidak dapat dipastikan lagi dan sama-sama kita nantikan berita selanjutnya.

Sumber: Cnet