Senarai Telefon Pintar Kelas Pertengahan Terbaik Di Bawah Harga RM 1,000(Setakat Ini)

Telefon pintar kelas pertengahan pada 4 atau 5 tahun yang lalu mungkin dianggap sebagai telefon kurang berkualiti dan sering bermasalah. Tetapi hari ini, banyak model-model di kelas tersebut boleh dianggap berprestasi tinggi dengan penggunaan sistem cip yang lebih baik.

Tambahan pula, telefon pintar di kelas pertengahan ini dilihat semakin menjadi pilihan terutamanya bagi mereka yang tidak mahu mengeluarkan belanja yang terlalu tinggi untuk sebuah telefon pintar.

Maka dalam kiriman kali ini, kami akan kongsikan empat peranti kelas pertengahan terbaik di bawah harga RM 1,000. Sebelum itu, suka saya nyatakan bahawa model dalam senarai ini dipilih berdasarkan sistem cip dan harga peranti untuk variasi terendah.

1. Realme 2 Pro - RM 849 (4GB RAM + 64GB)




Realme merupakan sub jenama baru OPPO yang baru ditubuhkan secara rasmi pada bulan Mei yang lalu. Model Realme 2 Pro ini boleh dikatakan sebagai batu loncatan dalam melonjakkan jenama ini di peringkat global.

Telefon ini menggunakan cip Snapdragon 660, kamera utama dwi-lensa (16MP+2MP) serta kamera swafoto 16MP. Kapasiti baterinya pula ialah sebesar 3,500mAh.
Spesifikasi lain : IPS LCD 6.3-inci FHD+, ColorOS 5.2, Corning Gorilla Glass 3, Slot khusus MikroSD sehingga 256GB

2. Xiaomi Mi A2 - RM 899 (4GB RAM + 64GB)




Apa lagi yang perlu dikatakan mengenai jenama ini? Semua sudah mengenali jenama ini sebagai pengeluar yang menawarkan peranti berprestasi tinggi dengan harga mampu milik.

Mi A2 ini hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 660, sistem dwi-kamera utama(12MP+20MP) dan 20MP. Menariknya, ia menggunakan sistem operasi Android One. Ia dijana dengan bateri berkapasiti 3,000mAh.
Spesifikasi lain : IPS LCD 5.99-inci FHD+, Corning Gorilla Glass 5, Tiada slot MikroSD

3. Honor 8X - RM 949 (6GB RAM + 128GB)




Honor dikenali sebagai satu jenama yang menghasilkan peranti kelas pertengahan dengan reka bentuk dan prestasi kamera yang baik serta ditawarkan pada harga yang rendah.

Honor 8X dijana dengan cip Kirin 710, dwi-kamera utama(20MP+2MP) serta kamera swafoto 16MP. Ia juga dikuasakan dengan bateri berkapasiti 3,750mAh.
Spesifikasi lain : IPS LCD 6.5-inci FHD+, EMUI 8.2, Corning Gorilla Glass 3, Slot khusus MikroSD sehingga 400GB

4. Xiaomi Mi 8 Lite - RM 999 (4GB RAM+64GB)




Satu lagi peranti berjenama Xiaomi berada dalam senarai ini. Baru sahaja memasuki pasaran tempatan pada minggu lepas, ia merupakan salah satu model dalam siri flagship paling berjaya Xiaomi, Mi 8.

Dikuasakan dengan bateri sebesar 3,350mAh, penggunaan cip Snapdragon 660 serta sistem kamera utama dua lensa(12MP+5MP), peranti ini dengan mudah akan dapat menambat hati pengguna.
Spesifikasi lain : IPS LCD 6.26-inci FHD+, MIUI 9.6, Corning Goriila Glass, Slot MikroSD hybrid

Bagaimanapula dengan anda? Mungkin ada mana-mana peranti kelas pertengahan yang menjadi kegemaran anda selama ini? Jika ada, anda dialu-alukan untuk berkongsi dengan kami di ruangan komen.

 

Berkaitan