Senarai Telefon Pintar Huawei Yang Akan Menerima Kemas Kini Global EMUI 10 Tahun Ini

Bermula seawal Januari 2020.


Sebelum ini, hanya pengguna telefon pintar Huawei di China sahaja yang telah lebih dulu menerima kemas kini EMUI 10 pada lewat tahun lalu.

Untuk tahun ini pula, sudah tiba masanya versi terbaru EMUI 10 akan dilepaskan kepada para pengguna peranti Huawei di seluruh.

Ia dimaklumkan sendiri oleh pihak Huawei di mana pengguna telefon pintar Huawei akan mula menerima kemas kini EMUI 10 bermula Januari 2020.

Walaubagaimanapun, Huawei tidak memberikan tarikh tepat bilakah EMUI 10 akan ditawarkan kepada pengguna mereka di seluruh dunia. Tetapi dijangkakan EMUI 10 akan dilepaskan secara berperingkat sepanjang tahun ini.

Berikut adalah model telefon pintar Huawei yang akan menerima kemas kini global EMUI 10 bermula bulan ini:-

Januari 2020



  • Huawei P30

  • Huawei P30 Pro

  • Huawei Mate 20 Pro

  • Huawei Mate 20

  • Huawei Mate 20 X (4G)

  • Huawei nova 5T


Selebihnya secara berperingkat sepanjang tahun 2020



  • Huawei Mate 20 RS

  • Huawei Mate 20 X(5G)

  • Huawei P30 lite

  • Huawei P20

  • Huawei P20 Pro

  • Huawei Mate 10

  • Huawei Mate 10 Pro

  • Huawei Mate 10 Porsche Design

  • Huawei Mate RS Porsche Design

  • Huawei Mate 20 lite

  • Huawei P smart 2019

  • Huawei P smart + 2019

  • Huawei P smart Pro

  • Huawei P Smart Z

  • Huawei nova 4

  • Huawei nova 4e

  • Huawei nova Lite 3


Sumber: Huawei Central