Senarai Telefon Pintar Android Yang Dilengkapi Dengan Cip Pemprosesan Snapdragon 855 Setakat Ini

Daripada senarai ini, yang manakah menjadi pilihan anda?


Syarikat pengeluar cip pemprosesan bagi sebahagian besar telefon pintar Android, Qualcomm telah pun mengumumkan secara rasmi kehadiran cip pemprosesan Snapdragon 855 mereka pada tahun lepas.

Qualcomm mendakwa cip pemprosesan tersebut adalah tiga kali lebih pantas berbanding generasi terdahulu dan dua kali lebih pantas berbanding pesaingnya (tidak termasuk cip pemprosesan Apple12Bionic yang digunakan pada iPhone).

Selain itu, Snapdragon 855 juga turut menyokong teknologi sambungan rangkaian berkelajuan tinggi 5G serta sambungan tanpa wayar Wifi yang  boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 10Gbps. Ini bermakna kesemua telefon pintar Android yang dilengkapi cip ini sudah sedia menyokong rangkaian 5G.

Setakat ini, pelbagai jenama telefon pintar Android dari pelbagai pengeluar utama telah pun mula perkenalkan dan memasarkan telefon pintar premium mereka dengan dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 855.

Berikut adalah senarai telefon pintar Android yang sudah dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 855:-

Berdasarkan senarai di atas, ada di antara peranti tersebut sudah pun berada di pasaran Malaysia dan ada juga yang baru sahaja dilancarkan dan belum memasuki pasaran Malaysia.

Berkenaan dengan Samsung Galaxy S10 (termasuklah S10, S10 Plus, S10e,) pula, untuk pasaran Malaysia dan beberapa pasaran lain, peranti ini dilengkapi dengan cip pemprosesan Samsung Exynos 9820, bukan Snapdragon 855.

Jadi, adakah dikalangan anda sudah memiliki salah satu daripada telefon pintar yang dinyatakan di sini?

Sumber: techradar

Berkaitan