Senarai Peranti iOS Yang Dijangka Akan Menyokong Dan Tidak Menyokong iOS 13

Reading Time: 1 minute

Pengguna model iPhone dan iPad terdahulu dijangka tidak lagi boleh menaik taraf kepada iOS 13.

Versi iOS 13 yang dijangka akan diperkenalkan Apple pada WWDC 2019 nanti dikhabarkan tidak lagi akan menyokong kebanyakkan peranti-peranti iOS model terdahulu.

iOS 13 yang akan dimuatkan dengan pelbagai ciri moden terbaru pastinya tidak mampu lagi disokong oleh perkakasan peranti iOS yang sudah berusia.

Jadi di sini disenaraikan ura-ura peranti iOS yang akan menyokong dan tidak menyokong iOS 13 nanti:-

1. Model iPhone yang menyokong iOS 13

  • iPhone 2019
  • iPhone XS Max
  • iPhone XS
  • iPhone XR
  • iPhone X
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone 8
  • iPhone 7 Plus
  • iPhone 7
  • iPhone 6S
  • iPhone 6S Plus

2. Model iPhone yang tidak lagi akan menyokong iOS 13

  • iPhone 5s
  • iPhone SE
  • iPhone 6
  • iPhone 6 Plus

3. Model iPad yang akan menyokong iOS 13

  • iPad Pro 12.9″ 2016 dan 2017
  • iPad Pro 10.5″
  • 9.7″ iPad Pro
  • iPad Pro 11″ 2018
  • iPad Air 2
  • iPad Air 3
  • iPad 5
  • iPad 6
  • iPad Mini 4
  • iPad Mini 3

4. Model iPad yang tidak lagi akan menyokong iOS 13

  • iPad Mini 2
  • iPad Air

Senarai di atas ini hanya khabar angin sahaja buat masa ini. Pengesahan rasmi dari Apple biasanya hanya akan diketahui dalam pembentangan Apple dalam acara WWDC 2019 nanti.

Sumber: iPhoneSoft

P/s: iPod Touch Generasi Ke-6 berkemungkinan masih ada harapan akan menyokong iOS 13 memandangkan ia adalah model 2015, tahun yang sama iPhone 6s dan iPhone 6s Plus diperkenalkan.

ariff bukhari
Tentang Penulis

Ariff Bukhari adalah penulis dan pemilik laman AriffMac.com yang mengkhususkan produk-produk Apple. Kini beliau berkolaborasi bersama team Wiser.my.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *