Senarai Peranti Bawah RM1,500 Dengan Pembesar Suara Stereo Mantap

Pembesar suara stereo merupakan ciri unik yang hadir pada kebanyakan peranti pintar premium yang mahal. Ini adalah kerana ia dimuatkan dengan komponen pembesar suara 2 unit yang berkuasa menjadikan pengalaman mendengar audio lebih memuaskan.

Kapsyen: Gambar hiasan


Namun, untuk mencari ciri ini pada peranti lebih mampu milik merupakan tugas yang agak sukar disebabkan pengeluar mahu menjimatkan kos pembuatan. Lantas pembesar suara biasa-biasa sahaja yang diletakkan.

Akan tetapi jangan risau, kami telah menghimpunkan satu senarai peranti dengan ciri ini pada harga bawah RM1,500 yang lebih mampu milik.

Senarai ini kami akan mulakan dari yang murah sehinggalah yang mahal supaya lebih banyak pilihan untuk anda cari.

Nokia 5310 (2020)


Walaupun ia bukanlah sebuah peranti pintar seperti mana peranti-peranti lain, ia masih selari dengan syarat senarai iaitu haruslah mempunyai pembesar suara stereo.

https://www.youtube.com/watch?v=pY6CYeSm540

 

Nokia 5310 (2020) merupakan sebuah telefon yang mempunyai fungsi asas menjalankan sistem perisian Series 30+. Telefon ini telah diberi nafas baharu dari legenda ikonik 5310 XpressMusic yang dilancarkan pada tahun 2007.

Ia masih lagi mempunyai rekaan luaran sama namun sedikit kemaskini fungsi dan ciri-ciri untuk penggunaan pada tahun 2020.

Antara ciri menarik telefon ini selain pembesar suara stereo berkuasa, ia hadir dengan pemain MP3 dan aplikasi FM radio. Terdapat juga butang kawalan main/henti atau main lagu seterus dan selepasnya pada bahagian sisi telefon.

Ia dilengkapi dengan skrin 2.4 inci bersaiz QVGA dengan butang navigasi pada bahagian tengah pad kekunci telefon. Ia tidak boleh menjalankan aplikasi seperti YouTube, Gmail, Google, malahan WhatsApp. Namun anda masih boleh menggunakan internet menggunakan pelayar sedia ada.

 launched in Kenya and Bahrain | Nokiamob Kapsyen: Nokia 5310 (2020)


Untuk harga jualan, ia dijual sekitar harga RM200. Jika anda mahukan telefon ringkas dengan kemampuan audio yang cemerlang pada harga rendah, Nokia 5310 (2020) adalah jawapan paling tepat.

OPPO A5 2020


Sebelum ini, agak sukar untuk mencari peranti dengan pembesar suara stereo pada harga bawah RM1000.

HTC kebiasaannya ada melancarkan model dengan ciri ini namun disebabkan mereka sudah perlahan dalam menghasilkan peranti pintar, kita ketiadaan model yang relevan untuk digunakan pada tahun 2020 ini.

Namun, agak bernasib baik kerana OPPO menyedari hakikat ini dan hadir ke arena pasaran menawarkan peranti mampu milik dengan ciri pembesar suara stereo.

Berkemungkinan peranti pintar paling mampu milik dengan pembesar suara stereo, OPPO A5 2020 hadir dengan spesifikasi kelas pertengahan.



 

Walaupun namanya ada "2020", peranti ini dilancarkan pada tahun 2019. Ia dijana cip Snapdragon 665 yang masih merupakan cip sangat baik untuk harganya.

Ia mempunyai skrin besar 6.5 inci HD+ LCD serta 4 kamera pada bahagian belakang. Swafoto pula adalah kamera bersaiz 8MP yang diletakkan pada takuk kecil.

Kapsyen: OPPO A5 2020


Selain itu, peranti turut dimuatkan dengan bateri berkapasiti agak besar 5,000mAh serta mempunyai ciri pengecasan berbalik menjadikan peranti bertindak seperti sebuah powerbank.

Untuk harga jualan, ia dijual sekitar RM600-RM700.

OPPO A9 2020


OPPO A9 2020 ini merupakan peranti yang dilancarkan sekali dengan A5 2020. Ia kelihatan sama di luar namun menawarkan prestasi lebih berkuasa di dalamnya.

https://www.youtube.com/watch?v=c8TS6NiPrLI

Cip yang dijana masih sama Snapdragon 665 namun saiz RAM lebih besar 8GB dan juga storan dalaman 128GB lebih luas. Kamera belakang utama juga dipertingkatkan kepada 48MP serta swafoto menjadi 16MP.

Spesifikasi lain seperti skrin dan bateri masih lagi sama seperti A5 2020 dengan skrin 6.5 inci LCD dan 5,000mAh kapasiti.

Kapsyen: OPPO A9 2020


Buat masa ini A9 2020 ini mungkin paling sesuai jika anda tercari-cari peranti dengan pembesar suara stereo bawah harga RM1000.Harga jualannya adalah dari RM800-RM900.

OPPO A92


OPPO A92 merupakan peranti paling terkini dilancarkan dalam senarai. Secara keseluruhannya, ia merupakan pengganti sebenar kepada OPPO A9 2020.

https://www.youtube.com/watch?v=ITCS41FnHKQ

Skrinnya lebih tinggi resolusi dengan 6.5 inci Full HD+ serta menyokong pengecasan lebih pantas 18W.

Namun begitu, sedikit terkilan OPPO masih menggunakan cip Snapdragon 665 yang kurang kompetitif untuk peranti dengan harganya.

Teknologi kamera juga dikitar semula dari OPPO A9 2020 dengan kuad kamera belakang dan swafoto yang sama.

Kapsyen: OPPO A92


 

Selain pembesar suara stereo, tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang peranti ini.

Jika anda tercari-cari peranti bajet bawah RM1,500 dengan pembesar suara stereo, OPPO A92 merupakan model yang paling terkini untuk ciri tersebut.

Untuk harga jualan, ia dijual secara rasmi pada RM1,199.

Rumusan


Sememangnya agak sukar mencari peranti dengan pembesar suara stereo pada harga mampu milik.

Namun jika anda mengutamakan ciri tersebut lebih daripada spesifikasi lain seperti cip ataupun skrin, peranti dalam senarai merupakan model yang paling sesuai bergantung kepada berapa bajet yang anda ada.