Senarai Negara Yang Akan Menyokong Ciri ‘Motion Sense’ Pada Google Pixel 4

Reading Time: 1 minute

Motion Sense, ciri yang menggunakan teknologi radar termaju.

Sebelum model terbaru telefon pintar Pixel 4 dilancarkan, pihak Google sebelum ini telah pun berkongsikan lebih awal tentang pembangunan ciri terbaru yang akan diperkenalkan pada Pixel 4 nanti.

Salah satu ciri termoden yang sedang dibangunkan Google pada Pixel 4 adalah ciri yang dikenali sebagai ‘Motion Sense‘. Ia merupakan ciri yang akan membolehkan penggunanya mengawal peranti mereka tanpa menyentuhnya.

Motion Sense menggunakan teknologi radar termaju bagi membolehkan peranti menjejaki gerak tangan pengguna bagi menjalankan sesuatu arahan. Disebabkan ia menggunakan teknologi radar, maka pihak Google perlu mendapatkan kebenaran terlebih dulu dari sesebuah negara bagi membolehkan mereka mengaktifkan ciri tersebut kepada pengguna di dalam negara itu.

Jadi, tidak akan semua pengguna Pixel 4 diseluruh dunia akan dapat menggunakan ciri Motion Sense itu nanti. Berikut adalah senarai negara yang akan menyokong ciri terbaru yang dibangunkan Google itu setakat ini:-

  1. American Samoa
  2. Austria
  3. Australia
  4. Belgium
  5. Bulgaria
  6. Canada
  7. Croatia
  8. Cyprus
  9. Czechia
  10. Denmark
  11. Estonia
  12. Finland
  13. France
  14. French Guiana
  15. French Indian Ocean Territories (Réunion Island & Mayotte)
  16. French Polynesia
  17. Germany
  18. Greece
  19. Guadeloupe
  20. Guam
  21. Hungary
  22. Ireland
  23. Italy
  24. Latvia
  25. Lithuania
  26. Luxembourg
  27. Malta
  28. Martinique
  29. Netherlands
  30. New Caledonia
  31. Northern Mariana Islands
  32. Norway
  33. Poland
  34. Portugal
  35. Puerto Rico
  36. Romania
  37. Saint Barthélemy
  38. Saint Martin
  39. Saint Pierre and Miquelon
  40. Singapore
  41. Slovakia
  42. Slovenia
  43. South Korea
  44. Spain
  45. Sweden
  46. Switzerland
  47. Taiwan
  48. United Arab Emirates
  49. United Kingdom
  50. United States
  51. Virgin Islands, U.S.
  52. Wallis and Futuna

Google Pixel 4 akan diperkenalkan secara rasminya pada 15 Oktober 2019.

Sumber: 9To5Google

ariff bukhari
Tentang Penulis

Ariff Bukhari adalah penulis dan pemilik laman AriffMac.com yang mengkhususkan produk-produk Apple. Kini beliau berkolaborasi bersama team Wiser.my.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *