Senarai Model iPhone Yang Terima Kemaskini iOS 14

Setiap tahun versi perisian iOS pada iPhone akan dikemaskini. Tahun ini iOS 14 pula dilepaskan dan akan menjadi nadi penggerak untuk sejumlah model-model iPhone yang menyokongnya.



Kelebihan menggunakan iPhone adalah walaupun model yang digunakan sudah berusia, ia masih lagi menerima kemaskini versi perisian.

Kebiasaannya, Apple masih lagi menyokong sesuatu model itu walaupun sudah berusia 4-5 tahun.

iOS 14 membawakan banyak ciri dan fungsi baharu untuk iPhone dan iPad. Antaranya adalah widget, Siri lebih kompak, ciri privasi terbaharu, aplikasi Translate, App Library, mod Picture-in-Picture dan juga lain-lain.

Jadi, ini adalah senarai penuh peranti pintar yang menyokong versi iOS 14 yang terkini ini:

  • iPhone 11

  • iPhone 11 Pro

  • iPhone 11 Pro Max

  • iPhone Xs

  • iPhone Xs Max

  • iPhone Xr

  • iPhone X

  • iPhone 8

  • iPhone 8 Plus

  • iPhone 7

  • iPhone 7 Plus

  • iPhone 6s

  • iPhone 6s Plus

  • iPhone SE (2016)

  • iPhone SE (2020)

  • iPod Touch (2019)


Secara keseluruhannya, model yang paling lama mendapat kemaskini iOS 14 adalah iPhone 6s dan 6s Plus yang dilancarkan pada tahun 2015 lalu. Manakala iPod Touch pula satu-satunya iPod yang tersenarai menerima kemaskini tersebut.



iOS 14 ini akan mula dilepaskan secara rasmi pada pukul 1 pagi 17 September nanti. Adakah model iPhone anda tersenarai?

Sumber: iOS 14

 

Berkaitan