Senarai Lebih 20 Peranti Samsung Yang Bakal Menerima Kemaskini Android Pie Dikeluarkan

Jika sebentar tadi kami mengumumkan kehadiran sistem Samsung One UI bersama Android 9 Pie bagi model Galaxy S9 dan S9+, kali ini kami akan senaraikan pula model-model Samsung lain yang bakal menerima kemaskini tersebut.

Model-model terpilih berkenaan adalah seperti berikut:

  1. Galaxy S9 (Januari 2019)

  2. Galaxy S9+ (Januari 2019)

  3. Galaxy Note 9 (Februari 2019)

  4. Galaxy S8 (Mac 2019)

  5. Galaxy S8+ (Mac 2019)

  6. Galaxy Note 8 (Mac 2019)

  7. Galaxy A8 2018 (April 2019)

  8. Galaxy A8+ 2018 (April 2019)

  9. Galaxy A7 2018 (April 2019)

  10. Galaxy A9 2018 (April 2019)

  11. Galaxy Tab S4 10.5 (April 2019)

  12. Galaxy J4 (Mei 2019)

  13. Galaxy J4+ (Mei 2019)

  14. Galaxy J6 (Mei 2019)

  15. Galaxy J6+ (Mei 2019)

  16. Galaxy A8 Star (Mei 2019)

  17. Galaxy J7 2017 (Julai 2019)

  18. Galaxy J7 Duo (Ogos 2019)

  19. Galaxy Xcover4 (September 2019)

  20. Galaxy J3 2017 (September 2019)

  21. Galaxy Tab S3 9.7 (September 2019)

  22. Galaxy Tab A 2017 (Oktober 2019)

  23. Galaxy Tab Active2 (Oktober 2019)

  24. Galaxy Tab A 10.5 (Oktober 2019)


Melihat senarai di atas, Samsung turut akan menawarkan kemaskini ini kepada beberapa model tablet mereka.

Ia dilihat bersesuaian dengan dakwaan sistem baharu ini lebih memudahkan pengguna peranti bersaiz besar selain antaramuka yang lebih kemas.

Bagaimanapun, tarikh penawaran(dalam kurungan di senarai) adalah hanya sasaran Samsung sahaja dan mungkin ada pertukaran tarikh di saat-saat akhir kelak.

 

Sumber: 9to5Google