Senarai Filem Yang Perlu Ditonton Oleh Semua Peminat Dunia Perkomputeran

Dunia perkomputeran dan godaman memang tidak dapat dipisahkan. Penggodam adalah seseorang dengan kemahiran komputer yang tinggi namun kebanyakan daripada mereka menyalahgunakan bakat tersebut.

Kehidupan mereka telah beberapa kali dipertontonkan dalam bentuk filem. Walaupun tidak sepenuhnya betul, filem-filem ini telah memberi gambaran akibat daripada jenayah siber aras tinggi ini.

Bagi anda yang berminat untuk menonton filem-filem mengenai godaman ini, kami akan senaraikan 6 filem yang patut anda tonton pada kiriman kali ini.

1. Algorithm (2014)

https://youtu.be/QzOIf4QA0tM

Filem ini mengisahkan tentang seorang penggodam bebas yang menemui satu program komputer kerajaan misteri dan kemudiannya berjaya menembusi dan memuat-turun semua program tersebut.

2. Italian Job (2003)

https://youtu.be/5Eyw-Qiwpj0

The Italian Job(2013) menceritakan mengenai usaha sekumpulan perompak berusaha untuk melakukan satu rompakan berstatus tinggi. Usaha mereka dibantu oleh watak Lyle(lakonan Seth Green) yang merupakan seorang penggodam.

Turut dibintangi oleh pelakon-pelakon popular seperti Mark Wahlberg dan Jason Statham.

3. The Matrix (1999)

https://youtu.be/tGgCqGm_6Hs

Antara filem paling popular dalam senarai ini, The Matrix mengisahkan berkenaan kehidupan watak Neo(Keanu Reeves), seorang penggodam yang percaya bahawa kehidupan manusia hari ini adalah hanya fantasi dan bayangan sahaja.

Filem yang menggabungkan genre aksi dan sains fiksyen ini dikatakan sebagai salah satu filem terbaik dalam kategorinya yang pernah dihasilkan.

4. Hacker(2016)

https://youtu.be/y8HsD9qmTiY

Filem ini menceritakan bagaimana watak utamanya, Alex(Callan McAuliffe) mengubah kehidupannya daripada seorang remaja dari keluarga bermasalah kewangan kepada kehidupan mewah hasil jenayah godaman kad kredit.

Akan tetapi, satu demi satu masalah menimpanya apabila salah seorang mangsa telah mengesan jenayah yang beliau lakukan.

5. Who Am I? (2014)

https://youtu.be/X9gEe2elxEo

Who Am I? menampilkan Benjamin(Tom Schilling) sebagai watak utama. Beliau adalah seorang pemuda yang sering dipinggirkan namun mempunyai kemahiran komputer yang sangat menakjubkan.

Kehidupannya berubah selepas bersahabat dengan beberapa penggodam lain. Mereka terus melakukan godaman demi mendapat perhatian seorang penggodam lagenda, MRX.

6. Snowden (2016)

https://youtu.be/QlSAiI3xMh4

Filem ini diapdatasi dari kisah Edward Snowden(lakonan Joseph Gordon-Levitt), seorang bekas pegawai CIA yang telah mendedahkan teknik pengawasan pihak berkuasa kepada rakyat AS dan dunia. 

Kisah mengenai lelaki ini juga telah diceritakan dalam sebuah buku bertajuk The Snowden Files: The Inside Story of the World’s Most Wanted Man.

Bagaimanapun, kami tidak dapat berkongsikan pautan ke filem-filem di atas, kerana ia menyalahi undang-undang di negara ini.

Jika anda ada cadangan filem lain, sila nyatakan di ruangan komen untuk tontonan bersama.

 

Sumber: Techworm   Fossbytes

Berkaitan