Juga kemas kini terbaru untuk pengguna versi iOS 12.4 dan tvOS 13.4.

Apple Inc. pada awal pagi hari ini telah melepaskan kemas kini terbaru kepada pengguna peranti iOS dan iPadOS.

IKLAN

Dalam kemas kini iOS 13.5 yang dilepaskan hari ini, terdapat beberapa ciri baru yang diperkenalkan seperti sokongan Face ID bersama pelitup muka, notifikasi API untuk aplikasi penjejajakan hubungan Covid-19 serta penambahbaikan isu keselamatan peranti.

Kemas kini iOS 13.5 dan iPadOS 13.5 ini ditawarkan kepada pengguna model iPhone 6s dan terbaru, iPad Air 2 dan terbaru, iPad mini 4 dan terbaru, sertta iPod touch Gen-7.

Berikut adalah senarai penuh kemas kini iOS dan iPadOS 13.5 sepertimana yang dinyatakan Apple:-

IKLAN

iOS 13.5

iOS 13.5 speeds up access to the passcode field on devices with Face ID when you are wearing a face mask and introduces the Exposure Notification API to support COVID-19 contact tracing apps from public health authorities. This update also introduces an option to control automatic prominence of video tiles on Group FaceTime calls and includes bug fixes and other improvements.

Face ID and Passcode

IKLAN
  • Simplified unlock process for devices with Face ID when you are wearing a face mask
  • Passcode field automatically presented after swiping up from the bottom of the Lock screen when you are wearing a face mask
  • Also works when authenticating with the App Store, Apple Books, Apple Pay, iTunes, and other apps that support signing in with Face ID

Exposure Notification

FaceTime

  • Option to control automatic prominence on Group FaceTime calls so video tiles do not change size when a participant speaks

 

Emergency Services

  • Option to automatically share health and other essential information from your Medical ID with emergency services when you place an emergency call (US only)

This update also includes bug fixes and other improvements.

  • Fixes an issue where users may see a black screen when trying to play streaming video from some websites
  • Addresses an issue in the share sheet where suggestions and actions may not load

iOS 12.4.7

Selain kemas kini iOS 13.5., Apple juga turut menawarkan kemas kini terbaru iOS 12.4.7 bagi pengguna peranti iOS terdahulu yang menggunakan versi OS 12.

iOS 12.4.7 ditawarkan kepada pengguna peranti iPhone 5s, iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPad Air, iPad mini 2, iPad mini 3, dan iPod touch Gen-6.

Untuk melihat senarai penuh kemas kini iOS 12.4.7, sila layari laman muka rasmi sokongan Apple.

tvOS 13.4.5

Bagi pemilik peranti Apple TV juga turut ditawarkan kemas kini terbaru menerusi tvOS 13.4.5 khusus untuk pengguna Apple TV 4K dan Apple TV HD.

Tiada sebarang ciri baru diperkenalkan dalam kemas kini minor ini. Hanya sekadar penambahbaikan untuk kestabilan dan keselamatan peranti Apple TV sahaja.

tvOS 13.4.5 ini mungkin kemas kini terakhir sebelum versi terbaru tvOS 13.4 ditawarkan kepada pengguna pada tahun ini.