Senarai Butang Pintasan Yang Boleh Anda Gunakan Untuk Excel

Melakukan tugasan pada Microsoft Excel boleh dipercepatkan jika anda mengetahui butang pintasan atau Shortcut yang boleh dilakukan.

Untuk membantu anda melakukannya, dibawah adalah senarai butang pintasan bagi Excel versi terkini yang boleh anda rujuk.

Pintasan yang sering digunakan

  • Ctr+WTutup workbook

  • Ctrl+OBuka workbook 

  • Alt+HPergi ke tab Home

  • Ctrl+SSimpan Workbook

  • Ctrl+C - Salin

  • Ctrl+V - Tampal

  • Ctrl+Z - Batal

  • Butang DeleteHapus kandungan sel

  • Alt+H, H - Pilih warna isian

  • Ctrl+XCut

  • Alt+N - Masuk ke tab Insert

  • Ctrl+B - Tebal

  • Alt+H, A, C - Gerakkan kandungan sel ke tengah

  • Alt+P - Pergi ke tab Page Layout

  • Alt+A - Pergi ke tab Data

  • Alt+W - Pergi ke tab View

  • Shift+F10, atau tombol konteks - Buka menu konteks

  • Alt+H, B - Tambah border

  • Alt+H, D, C - Padam jalur

  • Alt+M - Masuk ke tab Formula

  • Ctrl+9 - Sembunyikan baris yang dipilih

  • Ctrl+0 - Sembunyikan lajur yang dipilih


Pintasan Ribbon Keyboard

Apabila anda tekan butang Alt, imej huruf kecil dipanggil sebagai KeyTips akan keluar bersebelahan tabs seperti digambar dibawah.



  • Alt+Q - Untuk bukan kotak Tell Me

  • Alt+F - Buka halaman File dan gunakan tampilan Backstage

  • Alt+H - Buka tab Home dan teks format dan nombor

  • Alt+N - Buka tab Insert dan masukkan PivotTables, carta, Add-In, Sparklines, gambar, bentuk, header atau kotak teks.

  • Alt+P - Buka tab Page Layout untuk tema, urus halaman, skala dan laras kandungan

  • Alt+M - Buka tab Formula dan masukkan, sesuaikan fungsi dan pengiraan

  • Alt+A - Buka tab Data untuk sambungkan kepada, susun, tapis, analisis, dan proses data.

  • Alt+R - Buka tab Review, periksa ejaan, tambah komen, serta lindungi sheet serta workbook.

  • Alt+W - Buka tab View untuk paparan halaman pratonton dan susun atur, tunjukkan dan sembunyikan gridlines dan tajuk, menetapkan pembesaran zoom, urus tetingkap dan lihat makro.


Butang fungsi

  • F1

    • F1 sahaja: Tampilkan panel Bantuan Excel

    • Ctrl+F1: Tampilkan atau sembunyikan ribbon

    • Alt+F1: Wujudkan embedded chart dalam julat semasa

    • Alt+Shift+F1: Masukkan worksheet baru



  • F2

    • F2 sahaja: Edit

    • Ctrl+F2: Paparkan kawasan pratonton cetakan pada tab Print

    • Shift+F2: Tambah atau edit sel komen



  • F3

    • F3 sahaja: Tampal nama

    • Shift+F3: Paparkan Insert Function



  • F4

    • F4 Sahaja: Ulang arahan atau tindakan terakhir

    • Ctrl+F4: Tutup workbook

    • Alt+F4: Tutup Excel



  • F5

    • F5 Sahaja: Paparkan kotak dialog Go To

    • Ctrl+F5: Kembalikan ukuran Windows yang dipilih



  • F6

    • F6 sahaja: Beralih antara worksheet, ribbon, tetingkap tugasan, dan kawalan  Zoom.

    • Shift+F6: Bertukar antara worksheet, kawalan zoom, panel tugas dan ribbon.

    • Ctrl+F6: Beralih ke worksheet seterusnya apabila lebih daripada satu tetingkap worksheet dibuka



  • F7

    • F7 sahaja: buka kotak Spelling untuk periksa ejaan

    • Ctrl+F7: Jalankan perintah Move/pindahkan apabila ia tidak dimaksimumkan. Guna kekunci anak panah untuk pindahkan tetingkap, apabila selesai tekan Enter atau Esc untuk batal.



  • F8

    • F8 sahaja: aktifkan atau nyahaktifkan mod Extend. Dalam mod ini, Extended Selection muncul dalam baris status, dan kekunci anak panah lanjutkan pemilihan.

    • Shift+F8: Membolehkan anda menambah sel atau jajaran yang tidak bersebelahan (non adjacent) kepada pilihan sel dengan menggunakan kekunci anak panah.

    • Alt+F8: Paparkan menu untuk Makro



  • F9

    • F9 sahaja: Kira semua worksheet dan dalam semua workbook yang terbuka

    • Shift+F9: Kira worksheet yang aktif

    • Ctrl+Alt+F9: Kiraan semua worksheet dalam semua workbook yang terbuka, tanpa melihat sama ada terdapat perubahan dari pengiraan terakhir.

    • Ctrl+Alt+Shift+F9: Semak semula formula, dan kemudia kira semua sel dalam semua workbook yang terbuka, termasuk sel yang tidak ditandakan sebagai perlu dikira.

    • Ctrl+F9: Kecilkan tetingkap workbook



  • F10

    • F10 sahaja: Hidup atau matikan kekunci tips (Sama seperti fungsi butang Alt sahaja)

    • Shift+F10: Paparkan menu pintasan untuk item yang dipilih

    • Alt+Shift+F10: Tampilkan menu atau pesan untuk butang Error Checking

    • Ctrl+F10: Maksimumkan atau kembalikan tetingkap workbook yang dipilih.



  • F11

    • F11 sahaja: Mencipta carta data dalam julat semasa dalam helaian Carta berasingan.

    • Shift+F11: Masukkan worksheet baru

    • Alt+F11: Buka Microsoft Visual Basic For Applications Editor, membolehkan anda membuat makro dengan menggunakan Visual Basic (VBA).



  • F12



      • F12 sahaja: Paparkan kotak dialog Save As






Untuk lebih lagi pintasan bagi Excel 2016, anda boleh muat turun dari pautan dibawah:

Sumber: Microsoft Office