Senarai Aplikasi Yang Paling Banyak Di Muat Turun Sepanjang Ogos Lalu

Google Play Store dan App Store merupakan dua platform dalam talian yang menyediakan pelbagai aplikasi untuk pengguna Android serta iOS. Setakat ini, menurut laman statista, Google Play Store sudah menyenaraikan lebih dari 2.5 juta aplikasi sementara AppStore pula lebih dari 1.8 juta aplikasi.

Terbaru melalui laporan Sensor Tower, firma tersebut telah menyenaraikan 10 aplikasi popular yang dimuat turun dari kedua-dua platform berkenaan. Aplikasi yang disenaraikan dibawah kategori aplikasi bukan permainan dan TikTok menggungguli carta tersebut.

Kapsyen: Aplikasi yang paling banyak dimuat turun seluruh dunia bulan Ogos


Walaupun berhadapan dengan pengharaman seperti di India dan Amerika Syarikat yang memiliki jumlah pengguna terbesar (untuk luar China), TikTok masih mampu mencapai 63.3 juta kali muat turun sepanjang Ogos yang lalu.

Menurut laporan, pecahan terbesar muat turun tersebut adalah dari Indonesia (11%) dan Brazil (11%). Berada di tangga kedua adalah Zoom yang namanya mula meningkat naik sewaktu bermulanya penularan Covid-19. Bagi bulan lalu, ZOOM telah dimuat turun lebih dari 52.2 juta kali dimana ia banyak dipasang pada peranti di India (25%) diikuti dengan Amerika Syarikat (19.5%).

Kedudukan ketiga, keempat dan kelima pula dimonopoli oleh aplikasi milik Facebook iaitu. Kedudukan ini tidak banyak berubah berbanding bulan Julai yang lalu kecuali ZOOM naik memintas Facebook bagi tangga kedua.



Sumber: Sensor Tower Blog