Senarai Kasut Air Jordan Yang Dipakai Oleh Michael Jordan Dalam Siri The Last Dance



The Last Dance merupakan sebuah siri mini yang mengisahkan kehidupan Michael Jordan sebagai seorang bintang sukan bola keranjang. Siri dokumentari 10 episod ini menceritakan dengan lebih mendalam tentang dinasti Chicago Bulls pada musim kejuaraan terakhir mereka pada tahun 1997-1998.

NBA Entertainment telah berpeluang untuk mengikuti pasukan tersebut serta memaparkan beberapa rakaman yang tidak pernah dilihat dalam dokumentari.

Seperti yang ramai tahu, kasut Air Jordan dari Nike yang menjadi kegilaan ramai pada asalnya telah direka khas untuk Michael Jordan. Siri The Last Dance turut menampilkan koleksi Air Jordan yang dipakai oleh Michael sendiri di dalam dan luar gelanggang.

Berikut adalah antara senarai Air Jordan yang dipakai oleh Michael Jordan sepanjang siri dokumentari The Last Dance:

  • Air Jordan I




Tarikh dikeluarkan: April 1985

Harga asal: US$65 (~RM277)

Direka oleh Peter Moore, Air Jordan 1 merupakan Jordan pertama yang dikeluarkan khas buat Michael Jordan. Sehingga kini, Air Jordan 1 masih menjadi kegemaran ramai disebabkan nilai dan juga reka bentuknya yang ikonik.

Air Jordan 1 paling terkenal dengan skema warna Black/Red. Kali pertama Michael memakai Air Jordan 1 dalam gelanggang adalah sewaktu menentang Philadelphia 76ers pada 17 November 1984.

  • Air Jordan II Low




Tahun dikeluarkan: November 1986

Harga asal: US$100 (~RM420)

Perbezaan rekaan model Air Jordan 2 dengan Air Jordan 1 dapat dilihat pada ketiadaan logo Nike atau lebih dikenali sebagai "swoosh" dan hanya ada logo Jordan Wings sahaja.

Dalam episod 9 siri The Last Dance, Michael dilihat memakai Air Jordan 2 Low White/Red sewaktu perlawanan menentang pasukan Indiana Pacers.

  • Air Jordan IV




Tahun dikeluarkan: 1988

Harga asal: US$100 (~RM427)

Air Jordan 4 dihasilkan dalam empat warna iaitu dua warna Bulls berasaskan putih (White/Cement dan Fire Red), satu warna berasaskan hitam (Black/Red), dan versi beraksen putih dan biru (Military Blue). 

Gambar di atas menunjukkan Air Jordan 4 Black/Cement Grey di kaki Michael sewaktu NBA All-Star Game di Houston.

  • Air Jordan IX




Tahun dikeluarkan: 1993 - 1994

Harga asal:   US$125 (~RM534)

Air Jordan 9 adalah model pertama yang dikeluarkan semasa persaraan Michael dari sukan bola keranjang untuk memulakan kerjaya sebagai pemain besbol.

Dalam siri The Last Dance, Michael dilihat telah memakai Air Jordan 9 White/Black-True Red semasa beliau pertama kali hadir ke latihan besbol.

  • Air Jordan X




Tahun dikeluarkan: 1995 - 1996

Harga asal: US$125 (~RM534)

Pereka Air Jordan 10, Tinker Hatfield berpendapat waktu itu merupakan pengakhiran kerjaya bola keranjang Michael. Sebagai tanda penghargaan, rekaan Air Jordan 10 telah diinspirasikan oleh kejayaan Michael sepanjang penglibatannya dalam NBA.

The Last Dance menampilkan Michael yang memakai Air Jordan 10 Black/Dark Shadow-True Red dalam pusingan kalah mati di NBA pada tahun 1995.

  • Air Jordan XII




Tahun dikeluarkan: 1996 - 1997

Harga asal: US$135 (~RM577)

Air Jordan 12 dikeluarkan dalam lima warna dan ia merupakan model yang menampilkan Zoom Air. 

Seperti dipaparkan dalam The Last Dance, Michael telah memakai Air Jordan 12 Black/Varsity Red-White-Metallic-Silver semasa pusingan kalah mati di NBADalam permainan ke-5 NBA Finals tahun 1997 pula, Michael membawa kemenangan dengan memakai Air Jordan 12 Black/Varsity Red. 

  • Air Jordan XIII Low PE




Tahun dikeluarkan: 1997

Harga asal: US$150 (~RM641)

Model Air Jordan 13 telah diilhamkan oleh nama samaran Michael, "Black Cat". Model ini menampilkan permata holografik di tumit dan outsole yang menyerupai mata dan kaki harimau kumbang.

Siri dokumentari The Last Dance ada menunjukkan Michael sedang mengikat Air Jordan 13 Low PE semasa NBA Eastern Conference Finals dan NBA Finals pada tahun 1998.

  • Air Jordan XIV




Tahun dikeluarkan: 1998 - 1999

Harga asal: US$150 (~RM641)

Air Jordan 14 merupakan model pertama yang dilancarkan setelah Michael bersara dari NBA untuk kali kedua. Dikeluarkan dalam lapan warna, tiga daripadanya adalah dalam bentuk low top.

Gambar di atas menunjukkan Michael memakai Air Jordan 14 Black/Black-Varsity Red yang diinspirasikan oleh warna Ferrari.

Layari Jordan.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang koleksi penuh Jordan.

Sumber: AIR.Jordan