Senarai 25 Syarikat Teratas Yang Memperoleh Hasil Tertinggi Daripada Jualan Aplikasi Permainan Setakat Disember 2018

Tencent dan Apple dikelompok lima teratas.


Dalam laporan global pasaran permainan yang dikeluarkan ol;eh laman Newzoo, mereka telah menyenaraikan 25 syarikat teratas yang telah memperoleh keuntungan tertinggi hasil daripada jualan aplikasi permainan.

Ia adalah berdasarkan kepada analisis anggaran hasil keuntungan yang diperoleh syarikat-syarikat tersebut bagi sepanjang tahun 2018.

Apa yang menarik adalah, dalam laporan tersebut meletakkan syarikat gergasi pembangun aplikasi permainan peranti pintar dari China, Tencent berada di tempat pertama dengan anggaran hasil keseluruhan yang diperolehi mereka bagi sepanjang tahun 2018 adalah lebih daripada USD19.7 bilion.

Seterusnya ia diekori oleh Sony yang berada di tempat kedua dengan anggaran hasil keseluruhan yang diperolehi mereka adalah lebih daripada USD14 bilion bagi sepanjang tahun 2018 .

Hasil jualan permainan oleh 2 syarikat teratas ini jauh meninggalkan pengeluar permainan popular yang lain seperti EA, Bandai dan Capcom.

Apple yang sebelum ini hanya pengeluar komputer dan peranti pintar pula berada di tempat keempat dengan anggaran hasil keuntungan yang diperolehi mereka adalah lebih daripada USD9.4 bilion.

Hasil yang banyak diperolehi oleh Apple itu pasti datangnya daripada populariti aplikasi permainan yang dimuat turun daripada App Store mereka.

Berikut adalah senarai 25 syarikat teratas yang memperoleh keuntungan daripada jualan aplikasi permainan setakat Disember 2018 menurut laman Newzoo:-

1. Tencent - $19,733M

2. Sony - $14,218M

3. Microsoft - $9,754M

4. Apple - $9,453M

5. Activision Blizzard - $6,892M

6. Google - $6,497M

7. NetEase - $6,177M

8. EA - $5,294M

9. Nintendo - $4,288M

10. Bandai Namco - $2,741M

11. TakeTwo Interactive - $2,580M

12. Nexon - $2,252M

13. Ubisoft - $2,221M

14. Netmarble - $1,893M

15. Warner Bros - $1,835M

16.  Square Enix - $1,583M

17. NCSoft - $1,343M

18. Cyber Agent - $1,324M

19. Mixi - $1,222M

20. Konami - $1,210M

21. Aristocrat Leisure - $1,146M

22. 37 Interactive - $1,091M

23. Perfect World - $897M

24. Sega - $832M

25. Capcom - $809M

Menurut Newzoo mereka menjangkakan, bisnes pasaran permainan secara global untuk tahun 2019 akan meningkat sehingga 9.6% dari tahun sebelumnya atau jumlah keseluruhannya sebanyak USD152.1 bilion.

Malah mereka menyatakan bahawa Amerika Syarikat buat pertama kalinya sejak tahun 2015, akan menjadi pasaran permainan terbesar di dunia mengatasi China.

Kapsyen: Kredit: Newzoo

Berkaitan