Semuanya Yang Perlu Anda Tahu Mengenai 'Dark Web'

'Dark Web' merupakan perkara misteri untuk kebanyakkan orang. Ini kerana bukan semua orang dapat mengaksesnya dan mengadungi pelbagai perkara rahsia yang tidak diketahui umum.

Apa itu 'Dark Web'?

'Dark Web (DW) ialah terma digunakan bagi merujuk laman sesawang atau rangkaian yang telah di 'encrypted' secara berat dan tersembunyi dari pengguna internet biasa. Terdapat beberapa sebab wujud keadaan sedemikian tetapi DW telah mendapat reputasi yang tidak baik sebagai pasaran gelap yang menjual pelbagai barangan dan servis yang dianggap melanggar undang-undang sesetengah tempat. Ia juga boleh menjadi tempat untuk sesiapa yang mahukan privasi dan tidak mahu sebarang gangguan.

Bagaimana ia berbeza dari 'Deep Web'?

Kadang kala terma kedua-dua entiti itu digunakan bersama namun terdapat perbezaan penting membezakan antara kedua-duanya. 'Deep Web' merujuk kepada semua benda yang disembunyikan di dalam 'web' dari pengguna biasa dan tidak diindeks oleh enjin carian. 'Dark Web' pula ialah bahagian kecil dalam 'deep web' yang mana fokusnya lebih terperinci.

Adakah DW dipisahkan dari internet yang normal?

Ya. Data dari DW masih menggunakan saluran yang sama tetapi dinding 'encryption' membahagikan antara kandungan normal dan DW. Anda tidak boleh mengakses pelayar atau 'browser' biasa untuk masuk ke DW. Carian enjin seperti Google juga tidak mengindeks atau memberi kandungan DW atas pelbagai sebab.

Sudah lama ia wujud?

i.img

Aktiviti tersembunyi di internet bermula sejak orang awam menggunakan internet pada pertengahan 90-an. DW mula dikenali pada permulaan alaf 2000 dan popular dalam tahun 2014/2015 disebabkan usaha kerajaan membanteras beberapa operasi DW dan seiring dengan munculnya mata wang Bitcoin.

Sah ke 'Dark Web' ni?

Tidak salah jika hanya melawat laman-laman DW ini tetapi bergantung kepada urusan apa yang anda lakukan di laman-laman ini. Sesetengah pihak mengakses kandungan yang menyalahi undang-undang seperti pornografi bawah umur, senjata api, dadah dan pembunuhan.

Contoh terbaik mengenai DW ini adalah 'Silk Road.' Laman itu menggunakan Bitcoins untuk urusan jual beli dadah secara antarabangsa. Badan penguatkuasa menurunkan pasar atas talian tersebut pada tahun 2013 dan tahun 2014. Organisasi yang sama masih cuba untuk mengulangi perbuatan mereka dengan modus operandi yang sama.

Apa bahaya yang menanti untuk pengunjung DW?

Secara keseluruhan, DW dikunjungi mereka yang mahir dalam bab 'hacking'. Ini boleh mendatangkan bahaya kepada pengunjung biasa yang boleh dieksploitasi tanpa disedari. Terdapat beberapa kes diamana individu diugut selepas melawat laman DW.

Sumber