Semua Versi Windows 10 1903 Akan Ditamatkan Pada 8 Disember 2020

Jika komputer anda masih setia menggunakan versi Windows 10 1903, anda patut segera menaik taraf sistem komputer tersebut kepada versi terkini.

inI kerana Microsoft akan menamatkan sokongan terhadap versi Windows tersebut pada 8 Disember 2020 ini.

Penamatan sokongan Windows 10 1903 termasuklah bagi versi Windows Home, Profesional, Enterprise dan Education.

Versi Windows 10 1903 mula ditawarkan secara rasmi kepada semua penggunanya pada 21 May 2019 lalu.

Walaupun hayat Windows 10 1903 akan ditamatkan tidak lama lagi, tetapi berdasarkan daripada data AdDuplex bagi bulan Ogos 2020, masih terdapat 33.5% pengguna di seluruh dunia masih menggunakan Windows 10 1903.

Kapsyen: Kredit: AdDuplex


Jadi, penguna Windows 10 disyorkan supaya menaik taraf sistem Windows tersebut kepada versi yang terkini iaitu Windows 10 2004.

Ataupun sekurang-kurangnya menggunakan versi Windows 10 1909 bagi terus menerima kemas kini keselamatan dan ciri-ciri baru.

Kapsyen: Sumber: Microsoft

Berkaitan