(Kemaskini: Beroperasi Semula) Semua Perkhidmatan Talian Kasih '15999' Ditutup Buat Sementara Waktu

Kemaskini 18/3/2020, 5.03pm: Pengumuman mengenai penutupan perkhidmatan Talian Kasih ditarik balik setelah menerima pelbagai reaksi dari pengguna media sosial. Kini, Talian Kasih 15999 dan juga talian melalui Whatsapp 019-2615999 akan beroperasi semula seperti biasa.



Pada 16 Mac lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksana Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang bertujuan menangani penularan wabak COVID-19 pandemik, semua perkhidmatan Talian Kasih ditutup buat sementara waktu. Perkara tersebut diumumkan sebentar tadi melalui Twitter rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.

[embed]https://twitter.com/KPWKM/status/1240145191266328582[/embed]

Semua perkhidmatan yang terlibat dalam penutupan sementara ini termasuk Pusat Panggilan Talian Kasih 15999 dan talian melalui WhatsApp. Penutupan ini akan berkuatkuasa mulai 18 hingga 31 Mac. Sebagai alternatif bagi aduan kes kecemasan, pengguna boleh menghubungi talian 999 atau 112.