Semua Pengguna Windows 7 Akan Menerima Kemas Kini Bagi Memperbetulkan Isu Tetapan Wallpaper

Tidak terhad kepada pengguna yang mendaftar dengan program Windows 7 Extended Security Updates (ESU) sahaja.


Nampaknya Microsoft terpaksa memberikan satu lagi kemas kini kepada semua pengguna Windows 7 selepas pengguna mengadu mereka berdepan isu tetapan 'wallpaper' Windows 7 yang menyebabkan ia hanya memaparkan warna hitam.

"After installing KB4534310, your desktop wallpaper might display as black when set to Stretch."

Seperti semua sedia maklum, Windows 7 telah pun ditamatkan sepenuhnya sokongan pada 14 Januari 2020 lalu.

Sepatutnya pengguna Windows 7 tidak akan menerima lagi sebarang kemas kini selepas tarikh tersebut.

Sebaliknya, hanya pada pengguna yang mendaftar dengan program Windows 7 Extended Security Updates (ESU) sahaja yang akan menerima kemas kini selepas dari tarikh tersebut.

Walaubagaimanapun, Microsoft membuat keputusan akan menawarkan kemas kini bagi memperbetulkan isu ini kepada semua pengguna Windows 7 (Windows 7 Service Pack 1, Windows Server 2008 R2 Service Pack 1, Windows Embedded Standard 7 Service Pack 1, Windows Embedded POSReady 7, Windows Thin PC).

"We are working on a resolution and will provide an update in an upcoming release, which will be released to all customers running Windows 7 and Windows Server 2008 R2 SP1."

Buat masa ini, Microsoft hanya menasihatkan pengguna supaya tidak melakukan tetapan Stretch pada tetapan wallpaper.

Sebaliknya memilih tetapan wallpaper kepada Fill, Fit, Tile atau Center sahaja sementara menunggu kemas kini terbaru dilepaskan kepada pengguna.