Semua Pengangkutan Awam Bakal Laksana Touch 'n Go Secara Menyeluruh Pada 2019

Dengan terbinanya bermacam-macam kemudahan pengangkutan di dalam negara, pelbagai sistem diperkenalkan bagi membantu rakyat menikmatinya dengan lancar. Salah satu contoh adalah pengunaan sistem pembelian tiket dengan platform Touch 'n Go di stesen-stesen LRT, dan MRT.

Kehadiran sistem Touch 'n Go di lokasi-lokasi tersebut sememangnya ditunggu-tunggu ramai kerana pengguna tidak perlu lagi berurusan dengan cara pembelian yang berlainan (token ataupun tiket) bagi setiap jenis pengangkutan.

Memetik laporan dari The Sun Daily, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri menyatakan, sistem tiket bersepadu untuk kesemua jenis pengangkutan awam akan dilaksanakan sepenuhnya menjelang tahun 2019.

Tambahnya lagi, syarikat penyedia pengangkutan mestilah bersedia menggunapakai sistem pembayaran tersebut supaya ia mencapai sasaran pelaksanaan sepenuhnya dua tahun lagi.

Difahamkan perkhidmatan bas dan KTM Komuter juga sedang dalam proses peralihan kepada sistem tersebut. Diharapkan dengan naik taraf ini, platform Touch 'n Go turut memperlicinkan servis mereka, terutama sekali dari segi kemudahan tambah nilai.

Sumber: The Sun Daily