Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Halang Chrome Daripada Memuat Turun Fail Secara Berturutan

Semua Pelayar Berasaskan Chromium Terdedah Kepada Serangan Terbaru

Diterbitkan April 14, 2021 · Dikemas kini April 14, 2021 oleh ariff bukhari

Seorang pakar keselamatan siber bernama Rajvardhan Agarwal dari India mendedahkan kesemua pelayar beasaskan Chromium termasuklah Google Chrome, Microsoft Edge, Opera dan Brave dilaporkan tededah kepada serangan penggodam.

Ia berikutan eksploitasi ke atas kod pepijat Chromium yang dijumpai dalam pertandingan penggodaman Pwn2Own  yang telah berlangsung minggu lalu.

Sungguhpun pembangun Chromium telah pun menampal kecacatan tersebut pada JavaScript V8 Chromium minggu lalu, tetapi ia tidak ditawarkan sepenuhnya pada pelayar berasaskan Chromium.

Sekaligus menyebabkan pengguna pelayar-pelayar ini terdedah pada eksploitasi tersebut.

Setakat ini tiada penyelesaian sepenuhnya diberikan bagi menangani isu eksploitasi terbaru ini. Tetapi Google dijangkakan akan melepaskan kemas kini terbaru untuk semua pengguna Chrome tidak lama lagi.

Jadi buat sementara waktu ini, pengguna disyorkan untuk mengaktifkan perisian antivirus komputer mereka yang siap dikemas kini.

Eksploitasi ke atas pelayar berasaskan Chromium ini berlaku pada pengguna komputer Windows dan Macintosh sahaja.

Pelayar yang tidak berasaskan Chromium seperti Mozilla Firefox atau Apple Safari tidak terjejas dengan eksploitasi tersebut.

Sumber: Toms Guide

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY