Semua Lawak Google Untuk Hari April Fool 2017

Hari April Fool datang lagi seperti tahun-tahun sebelum ini, dan Google telah membuat sebaik mungkin untuk menghiburkan penggunanya. Penstrukturan yang meletakkan Google di bawah Alphabet, syarikat induk tidak memberi impak pada tahun lepas jadi, kita boleh mengharapkan benda yang sama.

Beberapa divisi Google selalu melakukan lawak yang praktikal dan tidak praktikal lebih dari mana-mana syarikat teknologi, dan sukar untuk mengejar mereka. Hasilnya, kami telah mengumpul semua lawak mereka untuk tahun ini.

Peta Ms. Pac

Pac-Man di dalam Google Maps sangat popular pada tahun 2015. Tahun ini mereka memperkenalkan Ms. Pac. Permainan itu akan terdapat di dalam Google Maps untuk Android, iOS dan juga untuk versi desktop. Jika dibandingkan dengan versi sebelum ini, sistem pemarkahan telah dikemaskini dan anda sekarang boleh menyimpan markah anda dengan log masuk.

maxresdefault

Waze diperbesarkan hingga ke Marikh

Waze telah dihampiri oleh organisasi penerokaan angkasa lepas untuk membina lebih maklumat tentang planet ke empat dalam sistem suria kita. Syarikat dipunyai Google itu meminta editor peta yang terkenal dari U.S, Rusia, dan Itali untuk membuat pemetaan Marikh. Dan jangan risau untuk servis anda kerana Waze telah membina pelayan khas di platform editor peta Waze. Setakat ini, tapak pendaratan ditanda dengan nama tempat-tempat, ribut debu/aktiviti gunung berapi adalah acara trafik utama dan Rover yang rosak sebagai potensi bahaya jalan.

i.img

Platform Cloud Google juga dibesarkan hingga ke Marikh

Macam tiada planet lain untuk ditujui, Google Cloud telah menambah satu kawasan baru: "kami sedang mencari kawasan baru untuk masa depan infrastruktur 'cloud' yang diperlukan untuk penerokaan dan kolonisasi planet merah." Pusat data antara planet yang pertama syarikat itu, "Ziggy Stardust" akan dibuka pada tahun 2018. Ia akan menjana kuasa yang akan menjadi hub yang penting di dalam jaringan merentasi sistem solar. Projek itu bermula sebagai 20% dengan Pasukan Planet Google yang menjumpai kawasan yang sesuai di Gale Crater, berdekatan dengan tapak pendaratan Nasa.

i.img

Google Wind

Google Belanda mempunyai impian yang besar. Disebabkan hujan turun dengan sangat banyak di negara kincir angin itu, pasukan platform 'cloud' telah membuat keputusan untuk mengawal cuaca. Menggunakan 'machine learning' dan corak cuaca, Google Wind akan mengawal jaringan-jaringan kincir angin merentasi negara itu untuk 'menghalau' awan apabila ia mahu hujan. Mereka juga boleh menawarkan matahari dan langit yang cerah untuk semua rakyat Belanda, dan mungkin satu hari nanti untuk seluruh dunia.

Video

Haptic Helpers

Realiti Maya (VR) terlalu bergantung ke atas pengalaman visual dan audio. Google Haptic Helpers membawa VR ke tahap seterusnya dengan merangsang lebih dari 10,000 pengalaman unik.

Video

Sumber

Berkaitan