Apple Inc. juga telah mengumumkan yang peranti mereka termasuk iMac, iPhone dan iPad terlibat dengan isu kelemahan keselamatan cip mereka. Mereka telah mengesahkan perkara tersebut dan menambah yang tiada bentuk serangan telah dilaporkan kepada mereka setakat ini.
Kelemahan yang terdapat di dalam peranti Apple itu dikenali sebagai Meltdown dan kemaskini perisian terbaru dari Apple telah mengurangkan sedikit risiko dari kelemahan tersebut.
Segar dari insiden mereka memperlahankan prestasi iPhone mereka, Apple berkata kemaskini terbaru ini tidak akan memperlahankan prestasi peranti mereka. Syarikat itu juga akan mengeluarkan kemaskini ke pelayar Safari mereka untuk satu lagi bentuk kelemahan yang dipanggil Spectre. Kemaskini Safari bagaimanapun akan memperlahankan prestasi pelayar tersebut dalam 2.5% menurut Apple.
Salah satu peranti dari Apple, Apple Watch pula tidak terlibat dengan sebarang isu kelemahan keselamatan Meltdown.
Berkaitan
- Apple: Bye-bye Qualcomm, Hello MediaTek?
- Apple Menyambut Harijadi Mereka Yang Ke-42
- Apple Inc Dikatakan Sedang Menghasilkan Panel LED Mereka Sendiri
- Apple Menawarkan Bateri Gantian Selepas Terdapat Laporan Mengenai Kerosakan Komponen Di Dalam MacBook
- Apple Menghadapi Saman Kerana Isu Prestasi iPhone Mereka
- Apple Membeli Mesin Sendiri Untuk Menyiapkan iPhone 8 Tepat Pada Masanya
- Apple Bercadang Untuk Tidak Menggunakan Cip Qualcomm Untuk Peranti iPhone Dan iPad Mulai Tahun Hadapan
- Apple Kata Permintaan Untuk iPhone X Di Luar Jangkaan
- Apple Mula Mengurangkan Kebergantungan Terhadap Pengeluar Komponen Mereka
- Apple Memohon Maaf Selepas Insiden iPhone 'Perlahan' Mereka