Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cawangan Maybank Tertentu Ditutup Dan Ada Yang Dibuka Sehingga Pukul 1 Petang Sahaja

Semua Cawangan Maybank Hanya Beroperasi Dari Jam 9.30a.m Hingga 2.00p.m Secara Temu Janji Sahaja

Diterbitkan Mei 31, 2021 · Dikemas kini Jun 2, 2021 oleh ariff bukhari

Maybank hari ini memaklumkan bahawa cawangannya di seluruh negara hanya akan beroperasi secara janji temu sahaja.

Operasi secara temu janji itu akan bermula dari 2 Jun 2021 sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Selain itu Maybank juga memberitahu beberapa cawangan mereka akan ditutup buat sementara waktu.

Ia sebagai menyokong usaha negara untuk membendung penularan wabak Covid-19. 

Jadi kepada para pelanggan Maybank yang ingin membuat janji temu, mereka bolehlah berbuat demikian secara dalam talian melalui Maybank EzyQ di apllikasi MAE dan laman sesawang Maybank2u (www.maybank2u.com.my/ezyq).

Untuk bantuan penggunaan Maybank EzyQ, pelanggan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank di talian 1-300-88-6688.

Janji temu juga boleh dibuat sehingga 15 hari lebih awal dari lawatan yang dijadualkan melalui Maybank EzyQ.

Sementara bagi pelanggan yang sudah membuat janji temu melalui Maybank EzyQ sebelum ini, mereka boleh mengunjungi cawangan masing-masing seperti yang telah dijadualkan.

Susulan daripada pelaksanaan operasi secara janji temu itu, semua cawangan Maybank kini akan beroperasi dari jam 9:30 pagi hingga 2:00 petang sahaja.

Pihak Maybank juga menyatakan mereka  akan terus memberikan keutamaan perkhidmatan dan layanan khas kepada warga emas, orang kurang upaya dan wanita hamil walaupun tanpa janji temu.

Dalam tempoh itu juga, Maybank menggalakkan pelanggan mereka untuk melakukan transaksi perbankan melalui saluran digital Maybank dari kediaman mereka dengan selamat dan mudah.

Sebagai alternatif, mereka juga boleh menggunakan kaedah “Drop & Go” untuk transaksi yang memerlukan jangkamasa yang panjang seperti pembukaan akaun ASNB dan akaun perniagaan serta pembayaran kiriman wang pukal untuk mengurangkan interaksi fizikal, di mana pelanggan boleh ‘drop off’ dokumen ke dalam kotak khas yang disediakan di cawangan, dan akan dihubungi kemudian untuk pengesahan atau penyelesaian transaksi. 

Para pelanggan yang ingin mendapatkan maklumat mengenai cawangan Maybank yang beroperasi boleh melayari laman sesawang rasmi www.maybank2u.com.my/branch. 

Sumber: Maybank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY