Sembunyikan Status Online Pada Instagram

Pertengahan Julai lalu Instagram telah mengumumkan  status paparan sedang berada dalam talian untuk aplikasi mereka.

Apabila sedang aktif bermain Instagram, simbol bulat berwarna hijau akan kelihatan disebelah gambar profil anda. Paparan kali terakhir mengakses aplikasi turut diletakkan.



Ia akan terpapar pada akaun yang mengikuti atau pernah berhubung dengan anda pada ruangan Direct Message.

Namun tak semua daripada kita gemar berkongsi paparan terbabit kerana adakalanya kita tidak mahu diganggu.

Ciri tersebut boleh dinyahaktifkan dengan beberapa langkah mudah.

  1. Buka aplikasi Instagram dan pergi ke profil anda.

  2. Tekan tiga garis bertindih bertindih dikiri atas untuk membuka Setting.

  3. Dibahagian Privacy and Security, pilih Activity Status.


Sekiranya anda memilih untuk mematikan ciri ini, anda juga tidak boleh melihat status dalam talian kenalan yang lain.

Berkaitan