Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp hide

Sembunyikan ‘Online’? WhatsApp Sudah Mula Bangunkannya

Diterbitkan Julai 7, 2022 · Dikemas kini Julai 7, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Laporan baru-baru ini mengatakan WhatsApp telah bangunkan ciri untuk pengguna menyembunyikan status ‘online’ mereka daripada pengguna lain.

Benar, ini bermakna anda dapat membalas perbualan rakan, adik, jiran dan penjual bergedel sementara terus merajuk dengan kekasih tanpa dia mengetahui anda sebenarnya sedang menggunakan WhatsApp.

Menurut tangkap layar dikongsikan, setakat ini pengguna hanya boleh sembunyikan status dalam talian atau ‘online’ berdasarkan senarai ‘Last seen’.

Misalnya, jika anda sembunyikan last seen daripada Firdaus Wiser, maka dia juga tidak akan dapat lihat jika anda sedang ‘online’.

Namun, ia masih di peringkat awal dan belum dilepaskan ke versi beta. Jadi, masih ada kemungkinan banyak lagi pilihan akan disediakan apabila ia sedia dilepaskan secara rasmi nanti.

whatsapp hide online

Jangan khuatir, ciri ini dipercayai akan dilepaskan untuk semua platform sama ada iOS, Android mahupun Desktop.

Sama-sama kita nantikan perkembangannya terutamanya apabila ia memasuk fasa beta kelak.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY