Semak Tahap Keselamatan Kata Laluan Anda Di Tiga Laman Sesawang Ini

Kata laluan atau password adalah semakin penting pada hari ini. Boleh dikatakan sesiapa sahaja yang pernah menggunakan komputer, pasti memiliki sekurang-kurangnya satu kata laluan untuk diingati.

Selain diingati, kata laluan ini juga perlu dilindungi sebaik mungkin. Ini kerana sekiranya ia jatuh ke tangan orang lain, akibat buruk yang tidak dijangka mungkin akan menghantui anda.

Langkah paling utama untuk melindunginya ialah dengan memastikan kata laluan kita sukar untuk digodam. Mungkin sesetengah daripada kita sering memilih kata laluan ringkas supaya mudah untuk diingati.

Namun ketahuilah, ia juga akan mudah untuk digodam oleh pihak yang berniat buruk. Oleh itu, untuk mengetahui tahap kesukaran kata laluan anda, anda boleh melayari laman-laman sesawang di bawah:

1. https://howsecureismypassword.net/



Selain menyemak tempoh yang diperlukan komputer untuk menggodam kata laluan anda, laman ini juga akan memberikan analisis ringkas berkenaan kata laluan tersebut.

2. https://password.kaspersky.com/



Laman sesawang ini sekadar menyemak tempoh masa untuk godaman kata laluan, namun ia adalah salah satu laman semakan kata laluan yang paling dipercayai ramai.

3. https://www.my1login.com/resources/password-strength-test/



Sama seperti laman sesawang yang pertama, my1login juga memberikan sedikit ulasan yang mudah difahami mengenai kata laluan anda selain tempoh masa untuk menembusi kata laluan anda.

Mungkin ada yang menganggap dengan memasukkan kata laluan anda di laman sesawang sebegini juga boleh mengancam keselamatan kata laluan itu sendiri.

Oleh itu, sekiranya anda mahu menguji kata laluan anda di laman sesawang lain, pastikan alamat laman sesawang itu bermula dengan "https" bagi menandakan laman tersebut selamat untuk digunakan.

Selain itu, pastikan anda tidak menggunakan satu kata laluan yang sama untuk semua akaun atas talian anda bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk terjadi.

 

Sumber: Sumber 1   Sumber 2   Sumber 3