Semak Situasi Terkini Covid-19 Melalui Laman Sesawang Ini

Berdasarkan pengumuman oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi, Malaysia telah mencatatkan dua kematian pertama akibat penularan jangkitan Covid-19 dengan masing-masing satu di Sarawak dan Johor. KKM turut mengesahkan pertambahan 120 kes baru dengan jumlah 673 kes setakat ini.

Pada masa ini, bagi anda yang ingin mengetahui situasi terkini akibat penularan jangkitan Covid-19 di Malaysia dan global, semakan boleh dilakukan melalui laman Outbreak.my.

Semak situasi terkini covid-19

Melalui laman tersebut, laporan terkini berkaitan Covid-19 di Malaysia yang boleh diperoleh termasuk pertambahan kes baru, jumlah jangkitan, kematian atau pesakit yang sudah sembuh setakat ini. Anda juga dapat mengetahui berita terkini dan jumlah jangkitan berdasarkan negeri yang terlibat.

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan maklumat yang lebih sahih, anda diminta untuk merujuk terus Kementerian Kesihatan Malaysia.

Terdahulu, WHO telah mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik.