Semak Sama Ada Mesej Yang Dihantar Ke Dalam Grup WhatsApp Sudah Dibaca Ahli Atau Belum

Anda menaip teks soalan berjela-jela, dihantar ke dalam grup WhatsApp dan mengharapkan balasan daripada ahli yang lain, namun ia sunyi sepi tanpa sebarang jawapan hatta emoji sekalipun.

Mungkin ada yang beranggapan, mesej itu tidak dilihat oleh ahli yang lain kerana sibuk atau mereka memang malas untuk melayan kerenah anda. Untuk mengetahui ahli mana yang sudah membaca mesej tersebut, anda boleh lakukan cara berikut.

  • Tekan lama pada mesej yang sudah dihantar (sehingga latarbelakan mesej itu jadi kebiru-biruan)

  • Pergi ke penjuru kanan atas dan tekan tiga titik bertindih.

  • Pilih Info

  • Paparan akan menunjukkan Message Info iaitu Read By dan Delivered To


Ruangan Read By akan menunjukkan ahli yang sudah melihat mesej anda sementara Delivered To bermaksud mesej berjaya dihantar ke telefon penerima dan masih belum dibaca.

Walaupun ahli grup itu menyahaktifkan fungsi tik biru (resit bacaan), informasi pada perbualan dalam grup masih menunjukkan sama ada ahli itu telah membaca atau belum teks yang dihantar itu.

WhatsApp resit bacaan sentiasa dihantar pada sembang kumpulan, walaupun anda mematikan pilihan dalam tetapan privasi.

Berkaitan