Semak Risiko Jangkitan Covid-19 Melalui Laman DoctorOnCall

Setakat ini kes melibatkan jangkitan virus Covid-19 telahpun mencecah angka 95,425 diseluruh dunia dan majoritinya berlaku di China. Di Malaysia sahaja, gelombang kedua jangkitan telah bermula sejak 27 Februari lalu yang mana kini kes positif Covid-19 direkodkan kepada 50 kes (kes 23 hingga 50).

Daripada 50 kes tersebut, 22 daripadanya iaitu pada gelombang pertama telahpun mendapat rawatan dan disahkan pulih.

Pada pertengahan Februari yang lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjalinkan kolaborasi bersama platform DoctorOnCall. Kerjasama ini bertujuan memberikan khidmat nasihat dalam talian yang boleh diakses oleh orang awam secara percuma dalam tempoh 3 bulan.

Turut sama ditawarkan adalah paparan maklumat berkaitan Covid-19 di Malaysia dimana orang awam boleh menyemak risiko jangkitan Covid-19. Ujian pantas dilakukan dengan anda perlu menjawab beberapa soalan berkaitan.



Untuk lakukan semakan risiko anda boleh kunjungi pautan berikut - Portal Virtual Health Advisory Novel Coronavirus (Covid-19)