Semak Kawasan Mengundi Anda Dengan 3 Cara Mudah Ini

Seperti yang kita ketahui, pada 10 April yang lalu, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengumumkan pemilihan tarik 9 Mei 2018 sebagai tarikh pembuangan undi bagi Pilihan Raya Umum ke-14. Setiap rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas dan sudah layak mengundi harus turun mengundi bagi menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Sebelum mengundi, seharusnya setiap pengundi menyemak terlebih dahulu tentang status tempat mengundi mereka. Tujuannya ialah bagi memastikan tidak berlaku sebarang kekeliruan semasa hari mengundi nanti. Jadi, bagi memudahkan anda menyemak kawasan mengundi anda, kami senaraikan tiga cara mudah untuk anda melakukannya.

1.Layari laman sesawang rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Dengan melayari laman sesawang SPR ini, anda hanya perlu memasukkan No. I/C anda dan klik 'SEMAK'. Dan maklumat tentang tempat mengundi anda akan terus dipaparkan selepas itu.

2.Melalui Aplikasi MySPR Semak



Aplikasi MySPR Semak ini tersedia untuk peranti yang menggunakan sistem operasi Android mahupun iOS. Melalui aplikasi ini, pengguna bukan sahaja boleh menyemak kawasan mengundi, malah turut boleh mengetahui senarai nama calon bertanding serta keputusan pilihan raya itu nanti.

3. Melalui Kiriman SMS

Cara yang ketiga adalah dengan menggunakan kiriman SMS. Taip sahaja : SPR<jarak> No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888. Setiap kiriman akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20 sahaja.

Sumber

 

Berkaitan