Semak 6 Tetapan WhatsApp Yang Dapat Meningkatkan Keselamatan Data Dan Privasi Anda

Mahu lebih privasi, semak 6 tetapan WhatsApp ini.


Seperti semua sedia tahu, WhatsApp adalah sebuah aplikasi sembang sosial yang paling popular, khususnya dikalangan pengguna telefon pintar di Malaysia.

Maka tidak hairanlah ia menjadi antara lubuk utama kepada penggodam berniat jahat yang mahu mencuri data sensitif atau menipu pengguna.

Jadi, bagi meningkatkan keselamatan dan privasi data anda, semak 6 tetapan WhatsApp ini yang dapat membantu anda menggunakan aplikasi tersebut dengan lebih yakin.

1. Penginkripan


Pembangun WhatsApp memang memaklumkan bahawa semua hantaran sembang yang dibuat diplatfom ini telah sedia diinkrip secara automatik.

Tetapi tidak salah jika anda menyemaknya sama ada ciri penginkripan itu diaktifkan ataupun tidak.

Cara menyemaknya adalah,  menerusi orang hubungan di dalam WhatsApp, pilih Encryption.



Seterusnya akan dipaparkan 40-digit paten kod keselamatan serta kod QR seperti rajah di bawah.



Selepas itu, anda boleh mengesahkan kod-kod tersebut secara manual dengan membandingkan digit-digit tersebut dengan meminta orang hubungan mengimbas kod QR atau pilih saja butang SCAN CODE.

2.Notifikasi Keselamatan


Setiap kali WhatsApp diakses ke peranti baru, satu kod keselamatan baru akan dicipta. WhatsApp akan menghantar notifikasi apabila berlaku perubahan kod keselamatan.

Jadi, anda dengan rakan sembang akan dapat menyemak bagi memastikan keselamatan menggunakan WhatsApp terjamin.

Cara menghidupkan notifikasi keselamatan ini adalah menerusi WhatsApp > Settings > Account > Security > Show security notifications.


3. Ciri pengesahan 2 faktor 


Ciri pengesahan 2 faktor (2FA) adalah antara tetapan utama yang sepatutnya anda gunakan pada WhatsApp.

Ciri tersebut akan dapat memastikan data di dalam akaun WhatsApp anda tidak diakses oleh pihak lain.

Cara mengaktifkan ciri 2FA ini adalah menerusi Menu > Settings > Account > Two-step verification > Enable.


4. Nyah aktifkan ciri storan awan


Ciri storan awan yang disediakan WhatsApp bertujuan memudahkan anda mendapatkan semula semua mesej serta kandungan seperti foto dan video dari mesej-mesej sebelum ini.

Ia amat memudahkan pengguna jika pengguna menukar kepada telefon pintar baru atau lain-lain.

Walaubagaimanapun, ciri itu terdapat kelemahan yang mungkin boleh dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Jadi, di sini disyorkan supaya anda tidak mengaktifkan ciri Chat backup.

Kapsyen: WhatsApp > Menu > Settings > Chats > Chat Backup > Backup to Google Drive > Never. (Android)

5. Sembunyikan foto profail dari pengguna lain


Jika anda pentingkan privasi, anda mungkin mahu menyembunyikan foto profail WhatsApp anda dari pengguna lain.

Kapsyen: WhatsApp > Settings > Account > Privacy > Profail photo > Nobody.

6. Ciri pengesahan biometrik


Teknologi pengesahan biometrik yang ada pada telefon pintar termasuklah pengesahan cap jari atau imbasan wajah adalah antara ciri keselamatan yang boleh digunakan bagi mengakses aplikasi WhatsApp.

Tanpa perlukan kata laluan, gunakan sahaja cap jari atau wajah anda untuk satu-satunya cara bagi mengakses WhatsApp.

Kapsyen: WhatsApp untuk Peranti Android masih belum menyokong ciri imbasan wajah. Hanya peranti iPhone sahaja menyokong ciri biomterik imbasan wajah dan pengesahan cap jari. WhatsApp > Settings > Account > Privacy > Fingerprint Lock - Android.

Lain-lain


Selain daripada 4 di atas, anda juga perlu memberikan perhatian terhadap mesej-mesej yang diterima. Jangan pantas sahaja jari menyentuh pada pautan yang hantar kepada anda.

Ini kerana aplikasi WhatsApp adalah lubuk kepada scammer (penipu).

Mungkin pautan yang diterima anda itu sebenarnya adalah pautan palsu yang akan membawa anda ke laman berbeza dari yang dinyatakan oleh si penghantar.

Jika anda ingin menggunakan aplikasi WhatsApp di komputer pula, pastikan anda memuat turunnya dari sumber yang sah.