Seluruh Pejabat Daerah Di Negeri Terengganu Dibekalkan Dengan Dron

Seiring dengan kemajuan teknologi masa kini, kesemua Pejabat Daerah negeri Terengganu telah menerima dron yang mana ia akan digunakan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN).

Dron yang yang berharga RM8000 seunit itu telah dibekalkan oleh kerajaan negeri bagi memenuhi keperluan kerja-kerja pemantauan dan siasatan mengenai projek yang sedang berjalan.
"Ini akan membantu memberikan gambaran yang lebih tepat dan jelas terhadap projek-projek di bawah peruntukan kerajaan negeri dan Persekutuan,” ujar Datuk Abdul Rahman, pegawai kewangan negeri.

Majlis penyerahan yang berlangsung di Wisma Darul Aman itu telah dihadiri oleh Datuk Abdul Rahman merangkap pegawai kerajaan negeri Terengganu dan dron tersebut telah diserahkan kepada pihak UPEN dan Pejabat Daerah.

Turut sama diserahkan adalah 25 unit peralatan navigasi  GPS Garmin yang setiap satunya bernilai RM2500 kepada;


  • Pejabat Daerah




  • Pihak Berkuasa Tempatan




  • Jabatan Kerja Raya




  • Jabatan Pengaliran dan Saliran





“Alat GPS-Garmin ini dengan kos RM2,500 seunit dibekalkan bagi memudahkan kerja-kerja pengukuran jalan-jalan di bawah Marris di mana ketepatan ukuran dapat diperoleh dengan menentukan koordinat awal dan akhir jalan-jalan tersebut.


“Dengan adanya peralatan ini diharap agar pelaksanaan projek-projek di negeri ini dapat dipantau dengan lebih teliti dan berkesan bagi memastikan projek berjalan sebagaimana jadual,”ujarnya kepada Utusan Online



Sumber: Utusan Online