Selpic P1, Pencetak Mudah Alih Bersaiz Kecil

Selpic, sebuah jenama yang menyediakan penyelesaian pencetakan digital kini telah menyenaraikan Selpic P1 di platform pembiayaan orang ramai (crowdfunding), Indiegogo.

Selpic P1 merupakan pencetak mudah alih yang boleh digunakan untuk mencetak logo, teks, gambar, kod bar, kod QR dan lain-lain. Pencetak ini boleh mencetak pada permukaan yang berbeza seperti logam, tekstil, kulit, kertas, dan bahan lain yang boleh dicetak.



Untuk menggunakannya, hanya perlu memegang pencetak dengan tangan yang stabil sambil menggerakkannya ke seluruh permukaan. Dengan ukuran 5.12x1.22x0.94 inci, pencetak ini mempunyai berat 180 gram sahaja.



Selain itu, Selpic P1 mampu bertahan selama 3 jam dengan pengecasan penuh dan mampu mencetak sehingga 90 halaman bagi kertas A4. Pencetak ini turut menyokong cetakan pada resolusi 600 DPI dan menawarkan 6 warna asas yang berbeza.



Akan mula tersedia di platform Indiegogo, Selpic P1 ditawarkan pada harga $89 (~RM380) dengan potongan 55% bagi 500 pembelian terawal.

Berkaitan