Selepas WhatsApp, WeChat Juga Akan Menawarkan Ciri Tema Gelap Kepada Pengguna iOS Dan Android.

Dijangka akan ditawarkan pada kemas kini akan datang.


Aplikasi sembang sosial paling popular di China, WeChat dikhabarkan akan turut menawarkan ciri tetapan tema gelap kepada pengguna mereka.

Ia tidak lama selepas aplikasi WhatsApp mula memperkenalkan tema tersebut kepada para penggunanya di seluruh dunia.

Ia dimaklumkan oleh pembangun aplikasi tersebut menerusi platfom sodial Weibo yang menyatakan bahawa pengguna WeChat diperanti iOS akan mula menerima tema gelap pada kemas kini akan datang.

Malah mereka juga turut memaklumkan bahawa mereka sudah selesai menguji tema gelap aplikasi tersebut di platfom Android.

Pada Jun tahun lalu di acara Apple WWDC 2019, Apple telah pun perlihatkan aplikasi WeChat dalam tema gelap bersama aplikasi Mail ketika memperkenalkan versi iOS 13 kepada umum.



WeChat dimiliki oleh Tencent Inc., firma pembangun aplikasi yang rapat dengan kerajaan China.

Sumber: Abacusnews

Berkaitan