Selepas Pixel, Android Q Akan Datang Lebih Awal Kepada Beberapa Model Huawei Dan HONOR

Sudah menjadi lumrah sebagai pengguna telefon pintar bukan dari jenama Google Pixel, naik taraf kepada sistem Android terbaru akan mengambil sedikit masa. Pengeluar perlu menyesuaikannya terlebih dahulu mengikut sistem antaramuka mereka dan barulah dilepaskan kepada pemilik peranti.

Menjanjikan kemaskini kepada Android Q lebih awal, Huawei dan HONOR menerusi perkongsian di Weibo telah menyatakan bahawa beberapa model akan menikmati sistem EMUI berasaskan Android Q sejurus selepas Pixel menerima versi stabil sistem Android terbaru itu.



Model-model yang dimaksudkan adalah Huawei Mate 20, Mate 20 Pro, Mate 20X, Mate 20 RS, P30 Pro dan P30. Sementara itu, model dari HONOR pula adalah HONOR View20 (V20) dan HONOR Magic 2.

Ini merupakan perkembangan terbaik bagi pemilik-pemilik telefon pintar yang disebutkan diatas dan pastinya mereka tidak sabar-sabar menantikan ciri-ciri yang dibawa pada Android Q melalui sistem antaramuka EMUI.

Sumber: Weibo via XDA Developers