Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
3 Pelajar Terjatuh Dari Jambatan Gantung Ketika Mencari ‘Line’ Untuk Sesi Kelas Dalam Talian

Selepas Pelajar Jatuh Jambatan, SKMM Akan Menyediakan Perkhidmatan Jalur Lebar Sementara Di Kampung Gusi

Diterbitkan November 29, 2020 oleh ariff bukhari

Baru-baru ini telah tular satu insiden yang melibatkan 8 pelajar sekolah di Sabah yang terjatuh dari jambatan gantung kerana ingin mendapatkan akses internet bagi mengikuti kelas dalam talian.

3 Dari pelajar itu dilaporkan telah mengalami kecederaan.

Selepas berlakunya kejadian itu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkunjung ke Kampung Gusi untuk bertanyakan khabar mengenai keadaan ketiga-tiga pelajar berkenaan.

Dalam kunjungan itu juga SKMM Sabah memaklumkan, untuk buat masa ini, penyelesaian sementara untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada Kampung Gusi melalui teknologi VSAT telah mendapat sokongan daripada pihak Common Tower Technologies Sdn Bhd (CTT) selaku State Backed Company negeri Sabah, anak syarikat milik penuh Warisan Harta Sabah Sdn Bhd.

Pemasangan VSAT itu akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada 15 Disember 2020 ini.

Selain itu, SKMM turut memaklumkan bahawa sebanyak 3 menara telekomunikasi akan dibina berhampiran Kampung Gusi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Lokasi-lokasi tersebut telah dinyatakan di dalam dokumen tender yang dikeluarkan oleh MCMC pada 20 November 2020 lalu.

Sumber: SKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY