Selepas Mengimbas Lebih Daripada 10 Juta Bintang, Ahli Astronomi Masih Belum Temui Sebarang Tanda Kewujudan 'Alien'

Jika anda masih memperdebatkan kewujudan makhluk asing (alien), anda mungkin hanya membuang masa sahaja.

Ini kerana selepas mengimbas lebih daripada 10 juta bintang, ahli astronomi masih belum menemui sebarang tanda atau kesan kewujudan teknologi milik alien.

Kesimpulan tiada sebarang penemuan kesan alien itu dibuat menerusi laporan penyelidikan bertajuk "A SETI survey of the Vela region using the Murchison Widefield Array: Orders of magnitude expansion in search space" yang diterbitkan dalam "Publications of the Astronomical Society of Australia".

"Using the MWA in the frequency range 98–128 MHz over a 17-h period, a field centred on the Vela Supernova Remnant was observed with a frequency resolution of 10 kHz. Within this field, there are six known exoplanets. At the positions of these exoplanets, we searched for narrow-band signals consistent with radio transmissions from intelligent civilisations. No unknown signals were found with a 5 detection threshold." Penyelidik.

Menurut penyelidik, mereka sudah mengimbas sebanyak 75 exoplanet yang diketahui setakat ini dengan lebih daripada 10 juta bintang stellar.

Kewujudan alien masih diperdebatkan sehingga kini. Malah usaha mengesan sebarang hidupan asing di galaksi masih diteruskan oleh beberapa negara besar.

Sebagai contoh, misi Rover NASA dan misi Tianwe-1 milik China masing-masing sedang dalam perjalanan ke planet Marikh bagi mengesan tanda hidupan di planet tersebut.

Kedua-dua misi itu dijangka akan tiba di planet merah itu dalam bulan Februari 2021 nanti.

Sumber: CNET