Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas Lebih 25 Tahun Berbakti, Microsoft Akhirnya Menamatkan Internet Explorer

Selepas Lebih 25 Tahun Berbakti, Microsoft Akhirnya Menamatkan Internet Explorer

Diterbitkan Mei 22, 2021 ยท Dikemas kini Mei 22, 2021 oleh ariff bukhari

Microsoft akhirnya mengumumkan penamatan aplikasi pelayar Internet Explorer selepaslebih 25 tahun aplikasi tersebut berbakti kepada pengguna internet di seluruh dunia.

Aplikasi yang dilancarkan pada tahun 1995 itu akan ditamatkan sepenuhnya pada 15 Jun 2022 nanti.

Pelayar tersebut pernah menjadi pelayar paling popular suatu masa dahulu dan terdapat 11 versi Internet Explorer dilancarkan antara tahun 1995 dan 2013.

Microsoft sudah pun mula menggantikan pelayar Internet Explorer di dalam Windows 10 dengan versi pelayar yang lebih moden, pantas dan selamat digunakan iaitu Microsoft Edge yang berasaskan Chrome.

Jadi, bagi pengguna yang masih menggunakan Internet Explorer di dalam Windows 10, Microsoft mengesyorkan supaya mereka beralih kepada pelayar Microsoft Edge sebelum 15 Jun 2022.

Tetapi bagi mereka yang masih mengharapkan Internet Explore sebagai pelayar utama mereka, Microsoft masih ada menawarkan mod Internet Explore di dalam pelayar Microsoft Edge yang akan disokong sehingga tahun 2029.

Sumber: Windows Experience Blog

Baca juga:-

Cara Untuk Menjadikan Microsoft Edge Sebagai Pelayar Utama iPhone

Microsoft Edge Turut Hadir Dengan Kemas Kini Pengurusan Kata Laluan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY