Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas Kelayakan Yang Penuh Dramatik, Kiev Major Dota 2 Kini Sedia Membuka Tirainya

Selepas Kelayakan Yang Penuh Dramatik, Kiev Major Dota 2 Kini Sedia Membuka Tirainya

Diterbitkan Mac 15, 2017 ยท Dikemas kini Mac 15, 2017 oleh Wiser MY

Dalam tempoh seminggu, pasukan dari seluruh benua bertungkus lumus untuk layak untuk 8 tempat terakhir di Kiev Major. Lapan hari kemudian, 8 pasukan telah muncul dari rantau masing-masing dan bersedia untuk langkah seterusnya.

Major kali ini telah memperlihatkan aksi yang cukup menggentarkan. Dalam rantau Asia Tenggara (SEA), pasukan-pasukan berlawan untuk dua tempat bagi mewakili rantau mereka. Manakala di rantau Amerika Selatan, mereka diberi peluang untuk diwakili satu pasukan yang sebelum ini terpaksa bertarung dengan rantau Amerika bagi mendapat tempat. Eropah Timur atau CIS juga diberikan satu slot bagi memberi peluang kepada pasukan di sana dalam Major ini.

Pasukan pertama yang layak menerusi kelayakan ini adalah pasukan Faceless dari rantau SEA. Pasukan dari Singapura ini terpaksa bertarung dengan pasukan yang rata-ratanya mempunyai pemain profesional Filipina. Satu lagi slot dimiliki pasukan profesional Filipina, TNC Pro. Mereka layak setelah mengetepikan satu lagi pasukan Filipina dan juga pesaing terdekat mereka,Mineski.GG.

Di hemisfera barat pula, Team Secret bertarung dengan bekas juara TI3, Alliance bagi melayakkan diri. Team Secret yang mempunyai pemain dari Malaysia, MidOne telah muncul semula dalam aksi LAN setelah kali terakhir muncul di The International 6. Jiran rantau mereka, CIS pula diwakili oleh Virtus Pro yang sebelum ini menjadi pasukan pilihan dalam aksi LAN sebelum ini yang mengalahkan satu lagi pasukan veteran, Team Empire.

Rantau Amerika Utara pula menyaksikan Team Onyx layak setelah menewaskan CompLexity. Team Onyx yang menampilkan Abed dengan permainan Meepo yang cukup terkenal menjadi satu pasukan yang menarik untuk dilihat pada Major kali ini. Rantau Amerika Selatan pula diwakili pasukan dari Brazil SG e-Sports setelah mengetepikan pasukan veteran Not Today dalam aksi yang cukup emosi.

Akhir sekali, rantau Tembok Besar, China memperlihatkan pasukan IG.V layak selepas mereka mngalahkan Vici Gaming. IG.V yang diwakili pemain lagenda Dota 2, Burning akan mengikuti empat lagi pasukan dari China ke pertandingan tersebut.

Senarai penuh pasukan yang layak di sini

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY