Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kad Vaksin Android Wide

Selepas Ini Kad Vaksin Boleh Disimpan Dalam Telefon Android

Diterbitkan Julai 1, 2021 oleh Amsyar Latif

Google kini menawarkan fungsi yang amat baik dimana membenarkan pengguna Android untuk menyimpan kad vaksin di dalam peranti.

Dengan kemas kini Passes API, ia membolehkan maklumat vaksinasi di simpan ke dalam telefon melalui imbasan kod QR. Oleh itu, pengguna lebih mudah untuk menunjukkan bukti bahawa mereka sudah divaksin.

Buat masa sekarang, fungsi ini telah pun ditawarkan di Amerika Syarikat dan negara lain akan menyusul kemudian.

Kad Vaksin Android

Menerusi kad vaksin itu, ia akan memaparkan maklumat seperti nama penerima, dos diambil, tarikh menerima vaksin serta nama pemberi vaksin.

Selain itu, pengguna tidak perlu khuatir mengenai privasi kerana Google menyatakan data pengguna hanya disimpan di dalam telefon sahaja. Jika mahu menyimpan kad vaksin di peranti lain, mereka perlu berbuat secara manual, iaitu imbasan kod QR semula.

Tambahan lagi, kata laluan atau pin atau pengesahan biometrik diperlukan sekiranya pengguna mahu mengakses kad vaksin yang disimpan itu.

Untuk menggunakan fungsi baharu ini, peranti tersebut sekurang-kurangnya menjalankan Android 5 dan ke atas dan diperakui Play Protect.

Sumber: Google

Baca juga – Aplikasi Android Bakal Guna Format Baharu, Tiada Lagi APK

Baca juga – 5 Syarat Bagi Melayakkan Anda Memohon Skim Internet Selangor M40 Yang Akan Dibuka Mulai Esok

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY