Selepas Ini Anda Boleh Membeli Tiket KLIA Express Melalui GrabPay

Bermula pada pertengahan bulan Julai ini, pengguna boleh menggunakan aplikasi GrabPay untuk membeli tiket KLIA Express.

Pengarah Urusan GrabPay Malaysia, Singapura dan Filipina, Ooi Huey Ting mengumumkan yang GrabPay telah menjalinkan kerjasama dengan KLIA Express bagi membolehkan pengguna menggunakan kredit GrabPay membuat tempahan tiket antara KLIA, dan KLIA 2 ke KL Sentral.



GrabPay merupakan aplikasi Grab yang boleh digunakan untuk membuat tempahan e-hailing, tempahan makanan (GrabFood) dan juga pemindahan wang semuanya di dalam satu aplikasi.



Grab mengharapkan GrabPay sebagai salah satu medium digunakan di negara ini bagi menggalakkan pertumbuhan masyarakat cashless. GrabPay juga menawarkan pengguna  mata GrabRewards kepada pengguna yang menggunakan aplikasi tersebut yang kemudiannya boleh menebus mata tersebut kepada barangan atau servis perkhidmatan yang terdapat di dalam GrabRewards catalogue.