Selepas India, Jepun Pula Bercadang Mahu Sekat TikTok

Jepun mungkin jadi negara seterusnya yang mengikuti jejak langkah India dalam menyekat aplikasi China termasuklah TikTok.

Sebab sekatan tersebut juga adalah dari alasan yang sama iaitu kebimbangan mengenai data dan juga sekuriti.

Kumpulan penggubal undang-undang Jepun merancang untuk mengusulkannya kepada kerajaan Jepun pada bulan September nanti.

Sama ada cadangan menyekat aplikasi China ini diteruskan atau tidak adalah bergantung semula kepada kerajaan mereka.

Sumber: NHK World